SPRM serius gempur ekonomi bawah tanah
BEBERAPA minggu lalu BH menyiarkan tulisan saya di Muka Sepuluh bertajuk ‘Perangi ekonomi bawah tanah habis-habisan’. Ekonomi bawah tanah yang juga dikenali sebagai ekonomi bayangan, sering kali dikaitkan dengan aktiviti jenayah, termasuk pelacuran, rumah urut, penyeludupan senjata, rokok, dadah, perjudian haram dan secara dalam talian, pemalsuan pasport serta penyeludupan manusia.
Sehubungan itu, pada 18 Mac lalu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melancarkan serbuan dan menahan 16 individu, termasuk tujuh penjawat awam dan sembilan orang awam selepas dipercayai terbabit melindungi dan menerima wang sogokan daripada pemilik pusat urut di sekitar Kuala Lumpur.
Dalam serbuan dilakukan oleh 40 pegawai SPRM - ketua balai polis, kakitangan Dewan Bandaraya serta pegawai bomba dan penyelamat ditahan. Adalah dianggarkan jumlah transaksi rasuah terbabit di kawasan Kuala Lumpur sahaja adalah sekitar RM30 juta setahun.
Pun begitu, penjenayah ini tidak serik dan tidak takut ditangkap, dipenjara dan didenda. Mereka ini tamak untuk melakukan rasuah. Bagi mereka, kuasa, wang dan kemewahan hidup adalah segala-galanya yang menyebabkan mereka terbabit dalam ekonomi bawah tanah.
Seperti diketahui, ada banyak rumah urut dan pusat refleksologi di sekitar ibu kota yang menawarkan perkhidmatan lebih daripada disyaratkan, termasuk seks. Malah tinjauan BH di sekitar Jalan Klang Lama, Bukit Bintang, Ampang dan Sri Petaling juga mendapati rumah urut dan pusat refleksologi itu tidak banyak menerima pelanggan wanita, walaupun perkhidmatan disediakan untuk kedua-dua golongan berkenaan.
Ejen penguat kuasa terima rasuah
Kegiatan mereka berleluasa disebabkan ejen penguat kuasa menerima rasuah. Tindakan tidak diambil dan rahsia mereka ditutup, termasuk membiarkan mereka menjalankan operasi sebegini berdekatan premis agensi penguat kuasa.
Mengikut Deccan Chronicle, Malaysia berada di tangga ke-4 dalam pusat pelancongan seks dunia. Kata surat khabar ini, permintaan amat tinggi di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Ipoh dan Johor Bahru.
Berdasarkan angka tidak rasmi, dianggarkan 150,000 pelacur berada di Malaysia dengan kira-kira 10,000 hingga 20,000 di kawasan Lembah Klang. Pelancong kini lebih memilih Malaysia dan tidak lagi ke Bangkok atau Phuket kerana pelacur sedia ada di sini, lebih baik.
Jika di Thailand, pelacur hanya terdiri daripada keturunan Thai, tetapi di Kuala Lumpur ada pelbagai warganegara seperti Thai, Vietnam, Uzbekistan, Kyrgyzstan, Mongolia, China, Laos dan Vietnam.
Ada beberapa jenis pelacur asing di negara kita. Satu daripadanya ialah pelacuran paksaan yang menggunakan bapa ayam dan berkeliaran di kawasan Bukit Bintang, Lorong Haji Taib dan Chow Kit. Pelacur murahan melakukan operasi pelacuran di rumah kedai atau hotel murahan. Bagi pelacur warga asing, mereka menggunakan pas lawatan sosial masuk ke Malaysia dan memenuhi pasaran kelas atasan.
Golongan ini beroperasi di sekitar Jalan P Ramlee, Jalan Sultan Ismail, Jalan Ampang berhampiran hotel mewah khas untuk langganan golongan elit. Tahniah diucapkan kepada SPRM yang kuat berkerja demi menjadikan negara bersih rasuah.
Tindakan pantas SPRM, berjaya merampas dan membekukan RM2.5 bilion wang tunai sejak Jun tahun lalu. Apa yang lebih penting ialah SPRM menjalankan tugas secara berterusan dengan baik tanpa mengira penat lelah demi mengurangkan kegiatan rasuah dan penyalahgunaan kuasa.
Pembongkaran kes rasuah membabitkan penjawat awam sepatutnya dijadikan peringatan kepada golongan itu supaya sentiasa melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan lebih berintegriti. Jadikan perkara ini sebagai panduan kepada semua penjawat awam untuk terus bertugas dengan lebih berdedikasi bagi memastikan hasrat Malaysia menjadi negara bebas rasuah.
Kerjasama ketua jabatan
Apa yang penting ialah kerjasama ketua jabatan bagi memastikan organisasi masing masing tidak terbabit rasuah. Sepatutnya pegawai atasan memainkan peranan mengawasi kakitangan yang terbabit rasuah, termasuk memantau gaya hidup mewah atau terlalu rapat dengan pelanggan. Individu yang mempunyai latar belakang integriti yang lemah perlu diambil tindakan tegas untuk mengelakkan ia merebak.
Mereka tidak wajar diletakkan di jabatan berisiko tinggi dan seharusnya tidak dinaikkan pangkat, meskipun mereka mempunyai kelayakan dan kehebatan dalam tugas masing-masing. Pastikan ketua jabatan menunjukkan contoh baik, kekal integriti dan organisasi mendapat kepercayaan penuh rakyat.
Mereka bukan sahaja bersih, tetapi mesti nampak bersih. Apabila Ketua Polis Negara (IGP) baharu mengambil alih pucuk pimpinan kelak, penulis berharap kenyataan pertama keluar daripada mulut beliau kepada media adalah ingin memastikan rasuah dalam PDRM dihapuskan.
Kegiatan rasuah dalam PDRM agak merunsingkan. Kajian Global Corruption Barometer 2017, mendapati institusi polis dilihat sebagai institusi paling rasuah. Ambil tindakan tanpa pilih bulu kepada yang mengamalkan rasuah dan menyalahgunakan kuasa.
Disebabkan nila setitik, rosak susu sebelanga dan tidak adil kepada organisasi PDRM dan kakitangan serta pegawai yang masih ramai berintegriti.
Ada tiga faktor penting yang akan membantu sesebuah negara itu menghapuskan rasuah iaitu membabitkan iltizam politik, keberkesanan agensi penguat kuasa dan sokongan padu rakyat kepada SPRM.
Penulis adalah Presiden Persatuan Fraud Bertauliah Malaysia
https://www.bharian.com.my/kolumnis/2019/03/543200/sprm-serius-gempur-ekonomi-bawah-tanah

Comments
Post a Comment