Bekas pegawai JKR didakwa terlibat pengubahan wang haram

MELAKA 12 Mac - Seorang bekas Penolong Jurutera Mekanikal di Jabatan Kerja Raya (JKR) dihadapkan ke Mahkamah Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka di sini hari ini atas pertuduhan terlibat dengan pengubahan wang haram bernilai hampir RM190,000, dua tahun lalu.

Hairudin Ngadiron, 44, mengaku tidak bersalah di atas sembilan pertuduhan yang dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa di hadapan hakim Datuk Mohd. Nasir Nordin.

Mengikut kesemua pertuduhan, Hairudin yang ketika itu bertugas di Maktab Teknik Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bakri, Muar, Johor, didakwa melibatkan diri dalam transaksi penggunaan wang tunai berjumlah RM187,898.20 hasil daripada aktiviti haram bagi tujuan pelbagai perbelanjaan pengubahsuaian kediaman dan pembayaran menyelesaikan kes rasuahnya.

Kesemua perbuatan itu dilakukannya melalui sembilan transaksi berasingan di Kilometer 35, Kampung Parit Gantung, Sungai Rambai, Jasin antara Januari hingga Julai 2017.

Bagi kesalahan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda lima kali ganda daripada nilai suapan, jika sabit kesalahan. - UTUSAN ONLINE



http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/bekas-pegawai-jkr-didakwa-terlibat-pengubahan-wang-haram-1.859221#ixzz5hwkxp8sv 

Comments

Popular posts from this blog

Ibu Pejabat SPRM ikonik baharu Putrajaya

Penolong arkitek UiTM didenda kes rasuah

Beri suapan RM1,100 untuk tukar sampel air kencing kepada air paip