Bekas polis rasuah dipenjara 4 bulan, denda RM25,000

SEREMBAN: Mahkamah Sesyen di sini, menjatuhkan hukuman penjara empat bulan dan denda RM25,000 terhadap seorang bekas anggota polis atas pertuduhan rasuah lima tahun lalu.

Mohd Fairuz Abd Jalil, 33, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Madihah Harullah.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa menerima suapan berjumlah RM3,000; RM5,000 dan RM2,000 daripada seorang lelaki sebagai dorongan untuk melepaskan, seterusnya tidak mengambil tindakan terhadapnya kerana membawa dan menjual rokok seludup di Taman Kiara, Sikamat, di sini.

Perbuatan itu dilakukan di tiga lokasi berbeza iaitu Balai Polis Sikamat, kedai serbaneka di Taman Sri Pulai dan Berek Balai Polis Sikamat di sini, antara 7 sehingga 13 Disember 2014.

Berikutan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan jika sabit kesalahan, boleh dipenjara maksimum 20 tahun atau denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana-mana yang lebih tinggi.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Azrif Firdaus Mohamad Ali.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dihukum dipenjara 20 bulan jika gagal membayar denda.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/03/541011/bekas-polis-rasuah-dipenjara-4-bulan-denda-rm25000

Comments

Popular posts from this blog

Ibu Pejabat SPRM ikonik baharu Putrajaya

Penolong arkitek UiTM didenda kes rasuah

Beri suapan RM1,100 untuk tukar sampel air kencing kepada air paip