Posts

KENYATAAN MEDIA SIASATAN PASUKAN PETUGAS KHAS BERKENAAN DAKWAAN DANA DISALURKAN KE AKAUN PERDANA MENTERI

Susulan kepada kenyataan media bertarikh 4 Julai 2015, Pasukan Petugas Khas ingin memaklumkan kemajuan tindakan-tindakan yang telah diambil oleh Pasukan ini sehingga kini.   Perintah pembekuan enam akaun bank pihak-pihak yang dipercayai terlibat dalam kes ini telah pun dikeluarkan pada 6 Julai 2015.  Selain itu, Pasukan Petugas Khas telah mengambil dokumen-dokumen berkaitan  17 akaun dari dua buah bank bagi membantu siasatan.  Pasukan Petugas Khas juga telah mengambil dokumen-dokumen melibatkan isu ketidakpatuhan peraturan-peraturan dan kaedah Bank Negara Malaysia oleh bank terbabit.  Siasatan masih berjalan. Justeru, Pasukan Petugas Khas menyeru kepada semua pihak agar memberi kerjasama sepenuhnya bagi melengkapkan siasatan. Tan Sri Abdul Gani Patail Peguam Negara Malaysia Tan Sri Zeti Akhtar Aziz Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Khalid Abu Bakar Ketua Polis Negara Malaysia Tan Sri Abu Kassim Mohamed Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjay...

Carilah barakah, elakkan rasuah

Sekali lagi negara kita dikejutkan dengan berita mengenai rasuah. Belum selesai isu rasuah di Cameron Highlands yang telah menjadi punca tanah runtuh, akibat eksploitasi kawasan tinggi yang sewajarnya dilarang, sekarang timbul pula kisah penjawat-penjawat tinggi awam disyaki memerah wang rakyat melalui pembelian hartanah di luar negara. Malang sekali organisasi yang ditipu ialah Mara melalui Mara Inc. Saya masih ingat semasa RIDA (Rural Industrial Development Authority) ditukar namanya kepada Mara (Majlis Amanah Rakyat). Cukup berat tanggungjawab organisasi baru tersebut iaitu menunaikan amanah rakyat terutama kaum Bumiputera. Banyak harapan diletakkan kepada Mara. Dan amanah rakyat menjadi penentu asas kepada apa jua yang dirancang dan dilaksanakan. Begitu juga penubuhan Bank Bumiputra hasil Resolusi Kongres Ekonomi Bumiputera yang diharapkan menjadi satu daripada penjana penting dan penggerak ekonomi kaum Bumiputera, juga banyak harapan diletakkan kepada Bank Bumip...

BUKAN SIAPA TAPI APA?

Image
Kebelakangan ini hangat isu akaun Perdana Menteri dimasukkan sejumlah wang yang agak besar dan didedahkan media antarabangsa. Ini pastinya mengejutkan ramai pihak kerana dakwaan ini benar-benar serius. Laporan seolah-olah menunjukkan PM kita tidak berintegriti, terlibat dengan skandal wang dan penyelewengan wang rakyat! Pelbagai pihak telah membuka mulut mengenai isu ini termasuklah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). SPRM telah mengeluarkan kenyataan bahawa pihak mereka akan menyiasat perkara ini selaku badan bebas dan telus. Perkara ini juga ada asas untuk mereka menyiasat dalam akta mereka iaitu Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009. Namun, bukan semua yang berpuas hati dengan kenyataan tersebut di mana kepercayaan mereka seolah-olah mahu mengatakan PM ikan jerung. Tidak mungkin dia akan disiasat dan akan dikenakan hukuman sekiranya beliau bersalah. Jawatan sebagai ketua Negara Malaysia membuatkan semua ini Nampak mustahil. Namun harus diingatkan, SPRM teta...

Selamatkan Cameron Highlands

PENAHANAN 22 tauke ladang di Cameron Highlands oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam Ops Sejuk, melegakan banyak pihak yang mahu tindakan tegas dan berkesan diambil bagi menyelamatkan tanah tinggi itu daripada mengalami "kemusnahan". Tauke-tauke ladang tersebut ditahan kerana disyaki memberi suapan kepada pegawai agensi penguat kuasa dalam usaha menghapuskan gejala rasuah yang dikatakan menjadi punca tanah tinggi itu berhadapan dengan pelbagai masalah, khususnya penerokaan kebun haram sehingga memberi kesan buruk terhadap alam sekitar. Kesungguhan dan keberanian SPRM memberi harapan baharu kepada usaha memulihkan pusat peranginan tersebut yang sedang "sakit" akibat tindakan rakus manusia tamak melakukan kerja serta perbuatan haram. Keadaan di Cameron Highlands mula mendapat perhatian apabila Mingguan Malaysia dan Utusan Malaysia pada awal November tahun lalu mendedahkan daerah yang terkenal sebagai pengeluar sayur-sayuran dan buah-buah...

Rasuah wabak hina dalam masyarakat kita – Awang Azman Awang Pawi

Definisi umum tentang rasuah ialah apa-apa kesalahan yang dilakukan dengan sengaja dalam bidang kuasanya atau sengaja melalaikan tugas bagi memperoleh keuntungan peribadi.  Ciri-ciri rasuah sebagaimana dirumuskan oleh Syed Hussein Alatas (1968) termasuklah pengkhianatan terhadap kepercayaan, penipuan terhadap badan kerajaan, swasta atau masyarakat. Individu yang terlibat dengan rasuah juga mengetepikan kepentingan awam dan lebih mengutamakan kepentingan atau faedah sendiri.  Lazimnya rasuah dilakukan secara rahsia, melibatkan lebih daripada seorang atau satu pihak.  Hasil rasuah bukan sahaja dalam bentuk wang ringgit tetapi juga dalam apa-apa bentuk perolehan habuan atau ganjaran. Inti pati perbuatan rasuah ialah penipuan yang mengkhianati kepercayaan yang ada  diberikan oleh masyarakat, agensi mahu pun negeri atau negara. Rasuah berlaku sejak zaman berzaman. Sekiranya kita melihat kerajaan lama seperti Rom, China, India didapati masalah ini merupakan pe...

Time to check integrity units' activities

TWO years have gone by since the Government decided that all its agencies, at Federal and state levels, would have integrity units. The Public Service Department circular issued in July 2013 said these units would be the agencies’ focal points in addressing integrity-related matters. The aim of setting up these units is to ensure that civil servants work in an environment underpinned by morality, ethics and patriotism. This initiative is also meant to curb indiscipline and criminal misconduct in the public sector. These units fulfil their role by promoting good governance, strengthening integrity, dealing with complaints of wrongdoings, monitoring compliance with the law, and functioning as secretariats of the Public Service Disciplinary Board. And not just anybody can head a government agency’s integrity unit. He has to be a Certified Integrity Officer, which means he must be trained by the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC). According to the 11th Malaysia...

KENYATAAN MEDIA RASMI PEGUAM NEGARA PASUKAN PETUGAS KHAS SIASAT DAKWAAN DANA DISALUR KE AKAUN PERDANA MENTERI

Image
Sebuah Pasukan Petugas Khas, dianggotai oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia dan Bank Negara Malaysia, telah pun memulakan siasatan berhubung isu 1MDB. Pasukan ini telah memperoleh beberapa dokumen yang kemudiannya dikemukakan kepada saya untuk semakan. Saya mengesahkan bahawa saya telah menerima dokumen-dokumen berkaitan 1MDB termasuk dokumen berkaitan dakwaan penyaluran dana ke akaun milik YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak daripada Pasukan Petugas Khas ini. Sehubungan itu, saya telah meneliti dan menyemak kesemua dokumen yang dikemukakan, dan seterusnya telah memberi nasihat dan panduan kepada Pasukan Petugas Khas ini bagi mengambil tindakan lanjut. Saya juga mengesahkan bahawa pada 3 Julai 2015, Pasukan Petugas Khas ini telah menghantar pasukan siasatan ke syarikat SRC International Sdn Bhd, Gandingan Mentari Sdn Bhd dan Ihsan Perdana Sdn Bhd untuk mengadakan serbuan dan telah memperoleh dokumen dari...