Posts

SPRM: Penolong jurutera direman 7 hari

Image
SEGAMAT 4 Julai - Seorang Penolong Jurutera Mekanikal di Maktab Teknik Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Bakri, Muar ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung dakwaan rasuah hampir RM700,000 di maktab berkenaan. Tempoh reman berkuat kuasa hari ini hingga Isnin depan itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah, Ahmad Shakib Ismail di Mahkamah Sesyen Segamat di sini sebentar tadi. Lelaki berusia 42 tahun itu ditahan di kediamannya di Merlimau, Melaka oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kira-kira 6.30 pagi semalam bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan dalam tender kerja-kerja bekalan dan perkhidmatan di tempatnya bekerja. Kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(b) Akta SPRM 2009 yang boleh dikenakan hukuman denda lima kali nilai rasuah atau RM10,000 mana yang lebih tinggi dan penjara tidak melebihi 20 tahun. - UTUSAN ONLINE http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/sprm-penolong-jurutera-direman-7-hari-1.498944#ixz...

Kontraktor didakwa buat tuntutan palsu

KOTA KINABALU: Seorang kontraktor mengaku tidak bersalah atas dakwaan membuat tuntutan palsu membabitkan kerja pembaikan bernilai RM19,800 di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Kinarut pada tahun 2013. Kaslan Jiman, 46, membuat pengakuan itu di hadapan hakim Abu Bakar Manat, ketika dihadapkan di Mahkamah Khas Rasuah, di sini, hari ini. Abu Bakar membenarkan tertuduh yang tidak diwakili peguam dijamin RM20,000 dengan RM8,000 deposit dan seorang penjamin, manakala pasportnya diserahkan kepada mahkamah. Berdasarkan fakta kes, pada 28 Oktober 2013, tertuduh didakwa memperdaya Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) dengan mengemukakan invois tidak bertarikh bernombor RW0413 dan Pesanan Kerajaan P13000085 bertarikh 22 Oktober 2013 kepada Penolong Akauntan JANM Kota Kinabalu, Jusline Lingok. Dokumen itu mengandungi pernyataan dan butiran mengenai kerja pembaikan pintu pejabat pentadbiran, perpustakaan dan Pejabat Hal Ehwal Pelajar IKBN Kinarut bernilai RM19,800 yang did...

Penolong jurutera makan suap kantoi

Image
PENOLONG jurutera mekanikal Maktab Teknik Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bakri, Muar, Johor ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas disyaki meminta dan menerima rasuah berjumlah RM70,000. Sumber SPRM berkata suspek berusia 42 tahun ditahan selepas disyaki meminta dan menerima rasuah daripada kontrak dan pembekal maktab berkenaan. Katanya, siasatan dijalankan mendapati suspek meminta wang itu sebagai upah mendapatkan kerja-kerja bekalan dan perkhidmatan di maktab itu bermula tahun 2014 sehingga tahun lalu. “Suspek ditahan di rumahnya di Merlimau kira-kira jam 6.30 pagi ini bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan berhubung penyelewengan dalam kerja bekalan dan perkhidmatan maktab itu. "Dalam serbuan itu, pasukan penyiasat menjumpai wang tunai kira-kira RM32,000 yang disembunyikan dalam tin biskut," katanya. Turut dirampas barangan kemas dan sebuah kereta Toyota Prado dianggarkan bernilai RM30,000. Kes disiasat mengikut Se...

SPRM HANTAR PASUKAN PENYIASAT KUMPUL MAKLUMAT DAKWAAN KEHILANGAN PERALATAN RADAR TENTERA BERTEKNOLOGI TINGGI

Image
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menerima aduan berhubung isu dakwaan kehilangan sebuah kontena dipercayai mengandungi peralatan radar tentera berteknologi tinggi dari Pelabuhan Tanjung Pelepas di Johor baru-baru ini. Susulan daripada laporan yang diterima, SPRM akan menghantar pasukan penyiasat ke lokasi berkenaan bagi mendapatkan maklumat berhubung kejadian itu sebelum tindakan lanjut diambil. Pasukan penyiasat akan menilai maklumat-maklumat yang diperolehi untuk mengenal pasti sama ada wujudnya unsur rasuah dan salah guna kuasa dalam kejadian tersebut. SPRM akan mengambil keterangan daripada beberapa orang pegawai daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia bagi membantu siasatan. Selain itu, SPRM juga akan bekerjasama dengan pihak polis yang turut menjalankan siasatan ke atas dakwaan kehilangan peralatan radar tentera berteknologi tinggi tersebut. Walau bagaimanapun, siasatan SPRM hanya akan tertumpu kepada elemen rasuah dan salah guna kuasa dan tidak...

Amaran 3J kepada penjawat awam

SEREMBAN – “Jangan hulur, jangan kawtim, jangan settle (3J)," Itu adalah amaran tegas Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri, Ramli Ismail kepada penjawat awam jika mereka tidak mahu dikenakan tindakan undang-undang. Menurutnya, amalan 3J itu perlu dipegang oleh setiap penjawat awam bagi memastikan mereka tidak terjebak dengan aktiviti menerima mahu pun menghulur rasuah. “Bebas dan menolak rasuah adalah komitmen yang perlu dipatuhi oleh semua penjawat awam sepanjang perkhidmatan samada secara tetap, kontrak atau sambilan. “Kalau boleh kita mahu setiap individu dalam organisasi itu berikrar untuk membebaskan diri daripada aktiviti rasuah, sama ada ia melibatkan individu tertinggi dalam organisasi itu sehingga ketua-ketua cawangan, unit, bahagian dan sehinggalah ke individu yang melaksanakan tugas,” katanya. Beliau berkata demikian selepas menyaksikan Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bersama Jabatan Penyiaran Malaysia Negeri Sembilan di s...

Abd Latif Bandi, anak mengaku tidak bersalah

JOHOR BAHRU - Bekas Exco Kerajaan Negeri Johor, Datuk Abd Latif Bandi bersama dua yang lain berdepan tuduhan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (Amla) 2001 membabitkan nilai lebih RM35.78 juta di sini, hari ini. Abd Latif,51, didakwa secara berasingan bersama anaknya Ahmad Fauzan Hatim Abd Latif Bandi, 25, dan perunding hartanah Amir Shariffuddin Abd Raub, 44, berdepan 21 pertuduhan secara keseluruhan. Mengikut kertas pertuduhan bekas Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor itu didakwa sebanyak 13 pertuduhan membabitkan nilai RM17, 590,890 juta. Sementara anaknya, Ahmad Fauzan berdepan empat pertuduhan dengan nilai RM735,000 dan Amir turut berdepan empat pertuduhan dengan nilai suapan RM17,455,000 juta. Kesemua mereka tidak mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan dihadapan Hakim, Mohd Fauzi Mohd Hakim. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwaraya SPRM, Mohd Asnawi Abu ...

Transformasi menangani rasuah

LEGASI  Tun Abdullah Ahmad Badawi adalah perlaksanaan integriti dan penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Legasi kepimpinan Tun Abdullah dilihat pada hari ini tanpa kita sedar. Salah satunya adalah pembanterasan rasuah. Kejayaan SPRM patut dipuji kerana berjaya memerangi amalan rasuah dan penyelewengan tanpa mengira pangkat dan jawatan sejak 2016. Tetapi sifat manusia seperti dikemukakan Teori Fraud menyatakan kelemahan manusia yang sentiasa melihat kepada peluang dan ruang menyebabkan rasuah dan penyelewengan berlaku. Maksudnya betapa hebat prosedur kerja dan pemantauan dilakukan, tidak akan menghalang kejadian ini berlaku. Ini disebabkan rakyat yang mempunyai kreativiti tinggi disalahgunakan pihak berkepentingan. Mereka ini sentiasa mencari jalan yang menyeleweng seperti manipulasi angka dalam perakaunan kewangan organisasi awam sehingga tidak menampakkan sebarang waswas. Modus operandi rasuah dalam organisasi awam pada kebiasaannya menyalurkan dana ke...