SPRM: Penolong jurutera direman 7 hari




SEGAMAT 4 Julai - Seorang Penolong Jurutera Mekanikal di Maktab Teknik Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Bakri, Muar ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung dakwaan rasuah hampir RM700,000 di maktab berkenaan.

Tempoh reman berkuat kuasa hari ini hingga Isnin depan itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah, Ahmad Shakib Ismail di Mahkamah Sesyen Segamat di sini sebentar tadi.

Lelaki berusia 42 tahun itu ditahan di kediamannya di Merlimau, Melaka oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kira-kira 6.30 pagi semalam bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan dalam tender kerja-kerja bekalan dan perkhidmatan di tempatnya bekerja.

Kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(b) Akta SPRM 2009 yang boleh dikenakan hukuman denda lima kali nilai rasuah atau RM10,000 mana yang lebih tinggi dan penjara tidak melebihi 20 tahun. - UTUSAN ONLINE

Comments

Popular posts from this blog

Ibu Pejabat SPRM ikonik baharu Putrajaya

Penolong arkitek UiTM didenda kes rasuah

Beri suapan RM1,100 untuk tukar sampel air kencing kepada air paip