Posts

Kejayaan dan cabaran SPRM

Mungkin bait-bait puitis dalam puisi ciptaan Ketua Pesuruhjaya Suruhanja­ya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Dzulkifli Ahmad ini amat bersesuaian sekali de­ngan gambaran perjuangan agensi itu dalam membanteras rasuah dan salah guna kuasa di negara ini. Esok genaplah 50 tahun perjuangan agensi itu dalam me­merangi jenayah tersebut yang bermula dengan pembentukan Badan Pencegah Rasuah (BPR) pada 1 Oktober 1967. Nama SPRM mula digunapakai secara rasmi pada 1 Januari 2009 apabila Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi melancarkan penubuhannya melalui penggubalan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2008 (Akta 694). Sepanjang tempoh tersebut, SPRM menempuh pelbagai cabaran namun sama ada mahu diakui tidak, nama agensi itu semakin digeruni dan mula meniti di bibir rakyat apabila Dzulkif­li mengambil alih teraju kepemimpinannya dengan dibantu oleh Timbalannya, Datuk Azam Baki. Pendekatan Dzulkifli yang dilihat tegas, drastik dan disulami elemen...

Ibu Pejabat SPRM baharu manifestasi kerajaan perangi rasuah

PUTRAJAYA 1 Okt. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kompleks baharu Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merupakan manifestasi kesungguhan kerajaan memerangi rasuah dan salah guna kuasa. Menurut Perdana Menteri, beliau serta seluruh warga Malaysia juga berbangga dengan kompleks Ibu Pejabat SPRM itu menjadi kompleks antirasuah yang terbesar di dunia.
 “Bila dapat dibendung rasuah, Insya-Allah Malaysia yang tercinta akan menjadi negara yang lebih maju, disanjung dan berada di saf hadapan sebagaimana visi TN50 (Transformasi Nasional 2050),” katanya ketika berucap bagi menyempurnakan kompleks baharu Ibu Pejabat SPRM di sini hari ini.
 Majlis berkenaan turut bersempena ulang tahun ke-50 penubuhan SPRM yang dahulunya dikenali sebagai Badan Pencegahan Rasuah (BPR).
 Hadir sama, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki dan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri S. A. Vigneswaran.
 D...

Ibu Pejabat SPRM ikonik baharu Putrajaya

Bangunan baharu Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya yang akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, bukan sahaja memberi keselesaan kepada warga kerjanya malah akan menjadi bangunan ikonik baharu di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan. Menampilkan reka bentuk yang unik dengan berdiri utuh di atas tiang-tiang tinggi, Ibu Pejabat SPRM itu sudah pasti mampu mencuri perhatian sesiapa yang melihatnya.  Lebih menarik, pada waktu malam sinaran cahaya lampu yang menerangi di sekeliling bangunan berkenaan akan menyerlahkan lagi penampilannya dari jarak jauh. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata, reka bentuk bangunan tersebut menampilkan suatu kelainan yang cukup unik sekali gus menjadi mercu tanda yang begitu menarik dan boleh dibanggakan oleh seluruh warga kerja SPRM. Tambah beliau, bangunan yang tersergam indah itu akan memberikan nafas baharu kepada seluruh warga kerja SPRM kerana dilengkapi...

Kami Pasti Bertindak!

MUKADIMAH: HARI ini genaplah 50 tahun, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM ) ditubuhkan. Bermula dengan Badan Pencegah Rasuah (BPR), agensi itu dinaikkan taraf sebagai suruhanjaya mulai 1 Januari 2009. Sepanjang tempoh itu pelbagai kejayaan dan cabaran dicapai. Perubahan pucuk kepemimpinan SPRM daripada Tan Sri Abu Kassim Mohamed kepada TAN SRI DZULKIFLI AHMAD menyaksikan agensi itu semakin dikenali ramai. Pada masa sama Ketua Pesuruhjaya SPRM tersebut berjaya menjadikan SPRM sebagai agensi paling digeruni berikutan tindakan penguatkuasaan yang dilakukan. Bagaimanapun perjuangan SPRM masih panjang. Dalam wawancara eksklusif bersama wartawan  Mingguan Malaysia ,  ZULKIFLEE BAKAR  sempena ulang tahun ke-50 SPRM , Dzulkifli membentangkan pandangan beliau berhubung perjalanan agensi itu seterusnya dalam usaha menjadikan rasuah dan salah guna kuasa sebagai musuh nombor satu negara. MINGGUAN: Bermula dengan BPR dan kini SPRM, apakah signifikannya sambut...

Kerajaan komited bersama SPRM perangi rasuah

PUTRAJAYA - Kerajaan komited memberi kerjasama kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam perjuangan menentang rasuah supaya kedudukan negara termasuk dari segi ketelusan dan daya saing semakin baik, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Beliau berkata pembinaan kompleks baharu Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya yang merupakan kompleks agensi antirasuah yang terbesar di dunia dan lengkap dengan segala keperluan SPRM adalah manifestasi Kerajaan dalam memerangi rasuah dan salah guna kuasa. "Rasuah adalah ancaman kepada negara, ketamadunan kita, masyarakat dan masa depan negara kita. Jika kita dapat membendung dan membanteras rasuah, negara Malaysia kita yang tercinta lebih berjaya dan disanjung dan lebih dihormati dan berada di saf hadapan sebagaimana visi TN50 (Transformasi Nasional 2050)," katanya ketika merasmikan kompleks itu, di sini hari ini, yang merupakan mercu tanda baharu Putrajaya. Bangunan Ibu Pejabat SPRM yang telah siap dibin...

Kejar didik masyarakat benci rasuah

BAGAN SERAI - Kembara Jelajah Anti Rasuah (Kejar) berobjektif membudayakan dan mendidik masyarakat supaya bencikan rasuah, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Dzulkifli Ahmad. Beliau berkata, usaha itu juga bagi memastikan negara bersih daripada rasuah dan salah guna kuasa. Katanya, SPRM memerlukan sokongan rakyat agar hak mereka tidak dikhianati oleh pihak yang tamak haloba. "Dalam hal ini SPRM akan memastikan dasar dibuat kerajaan Persekutuan dan negeri untuk kepentingan rakyat dapat dilaksanakan. Apa yang berlaku ada dasar kerajaan tidak dilaksanakan kerana disebabkan rasuah dan salah guna kuasa oleh mereka yang diamanahkan (melaksanakan dasar)," katanya ketika ditemui dalam program Kejar bersama masyarakat Banjar di Kampung Parit Air Hitam dekat sini, hari ini. Program Kejar yang dianjurkan bersempena 50 tahun penubuhan Badan Pencegah Rasuah (BPR)/ SPRM  pada 1 Oktober 1967 di seluruh negara  bermula 8 September dan akan b...

SPRM mulakan Kejar, ajak rakyat benci rasuah

PETALING JAYA 18 Sept- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini memulakan Program Kembara Jelajah Antirasuah (Kejar 2017) iaitu merupakan inisiatif agensi penguatkuasa itu untuk mempromosi semangat membanteras rasuah dan salah guna kuasa di seluruh negara. Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Dzulkifli Ahmad, program secara konvoi yang akan berlangsung sehingga 30 September itu merupakan satu daripada usaha untuk mendekati dan mendapatkan sokongan rakyat untuk menolak rasuah. Katanya, SPRM mahu rakyat terus bangkit untuk memerangi rasuah tanpa mengira agama, bangsa mahupun ideologi politik. “Kempen ini juga sebagai tanda terima kasih kami kepada rakyat yang menyokong SPRM atau Badan Pencegah Rasuah (BPR) yang ditubuhkan sejak 50 tahun lalu. “Di dalam program Kejar 2017, kepimpinan SPRM akan berkonvoi dan menjelajah ke setiap pelosok negara untuk meraih sokongan rakyat agar membenci rasuah,” katanya semasa menyampaikan sembah ucapan pada majlis sambutan Jubli Emas BPR dan...