Posts

Sikap tamak perasuah buat rakyat rugi

KUALA LUMPUR - Sikap tamak sesetengah pihak telah menyebabkan dasar dan polisi kerajaan tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna. Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata, kepincangan yang berlaku telah mendatangkan kerugian kepada rakyat. "Kerajaan telah membuat dasar dan polisi yang cukup baik untuk rakyat, contoh pada pembentangan Bajet 2018 baru-baru ini yang difahamkan memberi peruntukan kepada semua sektor dalam negara. "Disebabkan oleh mereka yang tamak haloba dan terlibat dengan salah guna kuasa, maka pelaksanaan polisi dasar tidak sampai kepada rakyat," katanya menerusi Dialog Eksklusif bersama Tan Sri Ketua Pengarah SPRM bersama Kepimpinan MCW dan Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia Malaysia (MBM), di Hotel Sunway Putrs, di sini, hari ini. Menurut beliau lagi, kerajaan perlu memperbaiki langkah pelaksanaan dasar yang dilihat cukup mudah diseleweng oleh pihak tidak bertanggungjawab. "Apabila da...

SPRM mahu buru si mabuk harta

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) nekad buru perasuah yang ghairah menyeleweng duit kerajaan. Janji itu dibuat Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad sebagai langkah memastikan hak rakyat disampaikan dengan sempurna. "SPRM adalah badan yang ditubuhkan untuk bertindak bagi pihak rakyat. "Ini janji SPRM kepada rakyat,sekiranya hak dan kepentingan rakyat dicabul oleh mereka yang mabuk harta, kami akan ambil tindakan," katanya Beliau berkata demikian ketika hadir Dialog Eksklusif bersama Tan Sri Ketua Pengarah SPRM bersama Kepimpinan MCW dan Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia Malaysia (MBM), di Hotel Sunway Putrs, di sini, hari ini. Jelas beliau lagi, apa yang dilakukan SPRM hanya untuk memastikan nasib rakyat terbela dan bantuan kerajaan sampai kepada masyarakat. "SPRM adalah milik rakyat Malaysia, jadi kami akan pastikan nasib rakyat negara ini terbela," katanya lagi. Bagaimanapun, katanya lagi, sekuat mana pun per...

Isu lesen antara punca utama rasuah

KUALA LUMPUR: Sistem perolehan, agensi penguatkuasaan dan isu pelesenan serta permit adalah antara tiga kategori utama yang menyebabkan rasuah diamalkan secara berleluasa. Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Dzulkifli Ahmad, berkata sistem perolehan memberi ruang kepada amalan salah guna kuasa dan wang negara. Pada masa, katanya, masalah dadah yang membelenggu Malaysia sejak sekian lama membuktikan masih wujud ruang untuk diperbaiki membabitkan tugas kakitangan agensi penguatkuasaan. "Malaysia bukan negara pembuatan dadah, tetapi pengguna dadah. Semua agensi buat sekatan di sempadan, namun masih bolos. "Kita perlu melihat semula dan menyatakan rasuah sebagai musuh nombor satu negara. Jika agensi berkaitan dapat menjalankan amanah dan tanggungjawabnya, saya yakin masalah berbangkit dapat diselesaikan dengan baik. "Aspek pelesenan dan permit juga perlu dilihat bagi menyelesaikan isu rasuah. "Mereka yang berada dalam sit...

Rasuah skim baja petani rugikan negara

ISU penyelewengan skim baja subsidi kerajaan di Melaka mula dikesan apabila seorang pengurus Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) di Merlimau membuat laporan polis pada Oktober lalu mendakwa tandatangannya dipalsukan untuk tuntutan menerusi Skim Baja Padi Kerajaan Persekutuan (SBPKP). Tuntutan sejumlah 38 transaksi itu yang dianggarkan berjumlah kira-kira RM500,000 dibuat dan dipalsukan menggunakan tandatangan beliau berlaku antara Jun 2016 hingga Ogos lalu. Kes tersebut kemudian dipanjangkan kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron dan beliau meminta agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) segera menyiasat permasalahan tersebut kerana ia melibatkan peruntukan kepada petani-petani kecil di negeri ini. Katanya, kerajaan negeri sentiasa memberi tumpuan terhadap sektor pertanian walaupun pada masa sama menekankan aspek pembangunan negeri itu. SPRM selepas menerima laporan polis yang dibuat pengurus terbabit segera menjalankan siasatan dan hasilnya baru-baru ini, s...

Siasatan kes kilang haram, FGV diperingkat akhir - Dzulkifli

BUKIT MERTAJAM 25 Nov. - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini di peringkat akhir menyiapkan kertas siasatan berhubung kes sebuah kilang beroperasi secara haram di Kampung Sungai Lembu, di sini sejak 10 tahun lepas. Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata pihaknya akan mengemukakan kertas siasatan itu kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya setelah siap dilengkapkan. "Saya tak nak nyatakan masa yang spesifik...selepas (siasatan) selesai sahaja kami akan kemukakan kertas siasatan tersebut kepada Jabatan Peguam Negara," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan bantuan mangsa banjir di Taman Makok, di sini hari ini. Hampir 600 mangsa banjir di kawasan itu menerima bantuan antaranya tilam, pakaian dan barang keperluan seperti beras, minyak masak dan gula. Pada 10 Ogos lepas, SPRM menjalankan operasi di kilang haram memproses serbuk kayu di Kampung Sungai Lembu, di sini yang dipercayai mencemari alam sekitar di kampung itu. ...

3 polis dituduh rasuah

TIGA anggota polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, Johor Bahru, hari ini, atas dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah daripada orang awam. Lans Koperal Azizan Mohamad, 30, Lans Koperal Muhammad Aiman Najmi Sahran, 26, dan Lans Koperal Abdul Manan Abdul Satar, 33, membuat pengakuan itu selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Hakim Mohd Fauzi Mohd Nasir. Bagi pertuduhan pertama, ketiga-tiga tertuduh yang bertugas di Cawangan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam didakwa meminta suapan wang tunai berjumlah RM5,000 daripada seorang lelaki berusia 33 tahun sebagai dorongan untuk melepaskan lelaki itu dan seorang lagi lelaki berusia 35 tahun yang ditahan atas kesalahan memiliki dadah. Perbuatan itu didakwa dilakukan di hadapan sebuah bank di Jalan Masai Jaya 1, Plentong, Johor Bahru pada 1 pagi, 9 Oktober 2016. Pendakwaan terhadap mereka dibuat mengikut Seksyen 16 (a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ...

Terengganu tertinggi pendaftaran sahabat Gerah SPRM

KUALA TERENGGANU 20 Nov. - Terengganu mencatatkan keahlian sahabat Gerakan Revolusi Anti Rasuah (Gerah) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)  tertinggi dengan seramai 11,000 orang telah mendaftar sejak inisiatif tersebut diperkenalkan pada Ogos lalu. Pengarah SPRM negeri, Mohd. Zaki Hassan berkata, jumlah itu sekali gus melepasi sasaran 10,000 pendaftaran yang ditetapkan sehingga akhir tahun ini. Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyaksikan majlis melafaz dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) oleh 1,100 kakitangan pentadbiran dan pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dalam satu majlis di Dewan Al-Muktafi Billah Shah di sini hari ini. Lafaz ikrar itu diketuai oleh Naib Canselor UniSZA, Prof. Datuk Dr. Ahmad Zubaidi Abdul Latif. Kerajaan  negeri sebelum ini mengarahkan semua penjawat awam, kakitangan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) serta Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (J3K)  mendaftar sebagai sahabat Ge...