Rasuah skim baja petani rugikan negara
ISU penyelewengan skim baja subsidi kerajaan di Melaka mula dikesan apabila seorang pengurus Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) di Merlimau membuat laporan polis pada Oktober lalu mendakwa tandatangannya dipalsukan untuk tuntutan menerusi Skim Baja Padi Kerajaan Persekutuan (SBPKP).
Tuntutan sejumlah 38 transaksi itu yang dianggarkan berjumlah kira-kira RM500,000 dibuat dan dipalsukan menggunakan tandatangan beliau berlaku antara Jun 2016 hingga Ogos lalu.
Kes tersebut kemudian dipanjangkan kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron dan beliau meminta agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) segera menyiasat permasalahan tersebut kerana ia melibatkan peruntukan kepada petani-petani kecil di negeri ini.
Katanya, kerajaan negeri sentiasa memberi tumpuan terhadap sektor pertanian walaupun pada masa sama menekankan aspek pembangunan negeri itu.
SPRM selepas menerima laporan polis yang dibuat pengurus terbabit segera menjalankan siasatan dan hasilnya baru-baru ini, seorang pengurus di Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) ditahan bagi membantu siasatan penyelewengan skim baja itu yang berjumlah RM2.54 juta membabitkan 56,700 kampit baja sepanjang tahun lalu.
Sehari kemudian, seorang lagi suspek iaitu pesawah lelaki yang mampu memiliki kereta mewah jenis Audi A4 ditahan dipercayai menjalankan urusan pemajakan sawah dan menjual baja subsidi berkenaan. Kenderaan mewah itu dipercayai hasil jualan baja tersebut dan bantuan itu yang sepatutnya diterima para petani dijual pada orang tengah dengan harga serendah RM10 sekampit.
Terbaharu, suspek ketiga yang adalah pesawah, nelayan dan penjual ikan ditahan malam Rabu lalu bagi membantu siasatan dan dipercayai bersubahat dengan suspek pertama menjual dan menggunakan baja untuk kepentingan sendiri.
SPRM menerusi Pengarah Kanan Jabatan Siasatannya, Datuk Simi Abdul Ghani memberitahu, beberapa lagi tangkapan akan dilakukan berhubung kes penyelewengan tersebut kerana ia melibatkan peruntukan kepada golongan sasar yang tidak diterima akibat sikap tamak segelintir pihak.
“SPRM memandang serius berhubung isu penyelewengan ini kerana bantuan kerajaan tidak sampai kepada kumpulan sasar,” kata Simi dan sudah pasti selepas ini lebih ramai akan ditahan bagi membantu siasatan kes itu.
Sikap tamak yang merugikan negara itu menyebabkan ramai petani kecil menjadi mangsa apabila ada segelintir pihak mengambil kesempatan kuasa dan kedudukan yang diberikan kepadanya untuk ‘curang’ kepada mereka yang berhak dan sepatutnya menerima kemudahan skim pertanian itu.
Maka tidak hairanlah SPRM begitu serius memastikan kes penyelewengan ini dapat dibanteras, bukan sahaja di Melaka malah tidak mustahil berlaku di negeri lain.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad sebelum ini pernah menegaskan bahawa SPRM akan menjalankan tanggungjawab sebaik mungkin dalam memastikan hak-hak rakyat disalurkan sewajarnya.
Bagi beliau, rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa yang berlaku boleh menyebabkan hak rakyat tidak sampai kepada mereka disebabkan ketamakan pihak tertentu.
Situasi penyelewengan itu menyebabkan timbul rasa tidak puas hati rakyat walaupun dasar atau polisi dilaksanakan kerajaan sebenarnya mampu memberi manfaat kepada rakyat.
“Rakyat kecewa dengan dasar yang baik tetapi tidak sampai pada rakyat disebabkan sikap tamak golongan yang khianati amanah rakyat. Jadi, inilah peranan SPRM,” kata Dzulkifli ketika menegaskan usaha suruhanjaya itu membanteras rasuah pada program Kembara Jelajah Antirasuah 2017 baru-baru ini.
Maka SPRM sudah bertindak, kerajaan negeri juga sudah memberi amaran supaya jangan terlibat dan untuk pelaku rasuah, ingatlah bahawa selagi amalan tidak sihat ini berleluasa dan dilakukan tanpa rasa takut, suatu hari nanti pasti tembelang anda akan pecah bak kata pepatah, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.
http://www.utusan.com.my/rencana/utama/rasuah-skim-baja-petani-rugikan-negara-1.560116#ixzz4zV4R3qoN

Comments
Post a Comment