Terengganu tertinggi pendaftaran sahabat Gerah SPRM
KUALA TERENGGANU 20 Nov. - Terengganu mencatatkan keahlian sahabat Gerakan Revolusi Anti Rasuah (Gerah) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tertinggi dengan seramai 11,000 orang telah mendaftar sejak inisiatif tersebut diperkenalkan pada Ogos lalu.
Pengarah SPRM negeri, Mohd. Zaki Hassan berkata, jumlah itu sekali gus melepasi sasaran 10,000 pendaftaran yang ditetapkan sehingga akhir tahun ini.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyaksikan majlis melafaz dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) oleh 1,100 kakitangan pentadbiran dan pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dalam satu majlis di Dewan Al-Muktafi Billah Shah di sini hari ini.
Lafaz ikrar itu diketuai oleh Naib Canselor UniSZA, Prof. Datuk Dr. Ahmad Zubaidi Abdul Latif.
Kerajaan negeri sebelum ini mengarahkan semua penjawat awam, kakitangan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) serta Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (J3K) mendaftar sebagai sahabat Gerah.
Arahan yang dibuat pada 22 September lalu sebagai tanda sokongan kepada inisiatif yang dilaksanakan SPRM yang dalam masa sama signifikan dengan prinsip yang digariskan dalam Transformasi Terengganu Baharu (TTB). - UTUSAN ONLINE
http://www.utusan.com.my/berita/nasional/terengganu-tertinggi-pendaftaran-sahabat-gerah-sprm-1.556923#ixzz4z1eevMRb

Comments
Post a Comment