Posts

Pegawai pembangunan usahawan buat tuntutan palsu

SEREMBAN: Seorang pegawai pembangunan usahawan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, kerana didakwa mengemukakan tuntutan palsu dalam aktiviti pembinaan dan naik taraf laman web program khas untuk menggalakkan pelajar sekolah di negeri ini berniaga. Muhamad Hafriz Alias, 30, yang bertugas dengan Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan (PKNNS) bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan yang dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Fathiyah Idris. Mengikut pertuduhan pertama, Muhamad Hafriz didakwa mengemukakan invois palsu berjumlah RM14,799 bagi kerja membina sebuah laman web Program Tunas Niaga (PROtune), sedangkan jumlah bayaran sebenar adalah RM7,299. Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa mengemukakan invois palsu berjumlah RM10,800 bagi kerja menaik taraf laman web berkenaan, sedangkan bayaran sebenar adalah RM5,400. Dia yang tidak diwakili peguam didakwa melakukan kesalahan itu di pejabat PKNNS di Jalan Za'aba, di sini, masing-masing pada 2 ...

Hargai prestasi cemerlang warga SPRM

KUALA LUMPUR 29 Mac – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) wajar dipuji atas prestasi cemerlang menyelesaikan kes rasuah dan salah guna kuasa termasuk yang berprofil tinggi tanpa mengira pangkat atau jawatan individu yang dituduh. Ahli Dewan Negara, Senator Ramli Shariff yang menyifatkan warga SPRM sebagai wira tidak didendang berkata, komitmen tinggi yang diamalkan oleh suruhanjaya itu dalam melaksanakan tanggungjawab turut membantu menaikkan imej negara. “Disebabkan tindakan dan kerja keras mereka inilah kita boleh memperbaiki imej negara dan persepsi luar mengenai rasuah menurun ke tahap rendah. “Malah, mereka tidak dapat menyatakan secara umum kepada awam apa yang dilakukan. Jadi, inilah merit yang mereka perlukan,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2017) 2018 dalam Dewan Negara, hari ini. Rang undang-undang tersebut yang melibatkan perbelanjaan tambahan berjumlah RM7.123 bilion antara lain memperuntukkan sebanyak RM35 juta untuk SP...

Inspektor, Koperal dipenjara 4 tahun denda RM40,000

IPOH: Seorang Inspektor dan Koperal polis masing-masing dijatuhi hukuman penjara empat tahun dan denda RM40,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini selepas didapati bersalah menerima rasuah RM8,000 empat tahun lalu. Hakim S Indra Nehru membuat keputusan itu selepas meneliti dan berpuas hati dengan hujahan dikemukakan pihak pendakwaan dan pembelaan dalam kes berkenaan. Inspektor Mohd Faizal Fauzi, 36, dan Koperal V Ravi Chandran, 50, yang sebelum ini bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh, didakwa secara bersama menerima rasuah berkenaan dari K Premnath sebagai dorongan untuk menutup siasatan kes terhadap lelaki berkenaan. Ia berhubung satu kesalahan yang dilakukan Premnath mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952. Mereka dituduh melakukan kesalahan itu di Maybank Cawangan Jelapang, antara jam 7.40 malam hingga 7.55 malam, 2 September 2014. Mereka dituduh mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malay...

KOPERAL TENTERA DIPENJARA 30 BULAN, SATU SEBATAN AKIBAT SALAH GUNA WANG RM50,238.10

Image
Seorang anggota tentera berpangkat Koperal yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dihukum penjara 30 bulan dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh bagi setiap 79 pertuduhan menyalahgunakan wang keseluruhan berjumlah RM50,238.10 berhubung pembayaran elaun anggota tentera di Pusat Latihan Peperangan Khusus (PULPAK), Kem Sungai Udang, Melaka, hari ini. Hakim Datuk Nasir Nordin memutuskan demikian ke atas Musa Md. Dawi, 28, setelah dia mengaku bersalah terhadap semua pertuduhan mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan itu yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun dan sebat serta denda, jika sabit kesalahan. Hakim bagaimanapun membenarkan hukuman berjalan serentak mulai hari ini. Mengikut pertuduhan, pada April hingga Julai 2016, tertuduh yang bertugas sebagai kerani gaji di Bahagian Sel Belanjawan PULPAK dengan curangnya telah menyalahgunakan harta bukan miliknya iaitu elaun perjalanan dan elaun cuti tahun PULPAK dengan nilai keseluruhan...

Salah guna kuasa dapatkan suapan untuk isteri

ALOR SETAR: Seorang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Tinggi dihukum penjara setahun dan denda RM195,032.50 oleh Mahkamah Tinggi, di sini selepas didapati bersalah menyalahgunakan kedudukan sebagai penjawat awam untuk mendapatkan suapan bagi isterinya, sembilan tahun lalu. Pesuruhjaya Kehakiman, Chan Jit Li, menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Shabri Hassan, 41, selepas mendapati rayuan Pendakwa Raya adalah bermerit pada prosiding rayuan. Sebelum ini, Mohd Shabri dilepas dan dibebaskan Hakim Mahkamah Sesyen Kangar atas tuduhan terbabit pada 2013 lalu setelah dipanggil membela diri. Bagaimanapun, pihak pendakwaan memfailkan rayuan bagi keputusan itu di Mahkamah Tinggi. Berdasarkan kertas pertuduhan, Mohd Shabri sebagai seorang penjawat awam iaitu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Tinggi DH 41, Jabatan Perdagangan, Politeknik Tuanku Sirajuddin, menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan suapan dengan memohon kelulusan pemberian kerja Kursus Perniagaan Baiki Pulih Telefon Bimbit yan...

PENGURUS PROJEK DIHUKUM PENJARA DAN SEBAT

Image
SEORANG Pengurus Projek Skim Baja Padi Kerajaan Persekutuan di Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Merlimau, Melaka yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dijatuhi hukuman penjara selama tiga tahun dan enam sebatan oleh Mahkamah Sesyen (1) Melaka hari ini atas kesalahan menyeleweng peruntukan baja lebih RM2.54 juta. Muhamad Nasir Razak, 39, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Dato' Mohd. Nasir Nordin. Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah membuat pesanan baja sebatian, baja urea dan baja NPK Tambahan sebanyak 56,700 beg bernilai RM2,544,650 untuk PPK Merlimau tanpa arahan Pengurus Besar dan tanpa kelulusan daripada Jawatankuasa Penapis. Selepas menerima 56,700 beg baja sebatian, baja urea dan baja NPK Tambahan daripada Pertubuhan Peladang Kebangsaan, tertuduh didapati telah menyimpan kesemua baja padi tersebut di stor PPK Merlimau tanpa merekodkan butiran subsidi baja padi yang diterima dalam Buku...

SPRM KESAN LELAKI BANTU SIASATAN

Image
SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan SPRM. Chiam Boon Kui, 36, memegang kad pengenalan bernombor 821221-14-6061 dikesan mempunyai alamat terakhir di No. 44, Jalan 73, Kepong Baru, 52100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai individu ini boleh menghubungi Pegawai Penyiasat SPRM, Muhamad Firdaus Md Saad di talian 03-9206 5000. SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA PUTRAJAYA 27 MAC 2018