Salah guna kuasa dapatkan suapan untuk isteri
ALOR SETAR: Seorang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Tinggi dihukum penjara setahun dan denda RM195,032.50 oleh Mahkamah Tinggi, di sini selepas didapati bersalah menyalahgunakan kedudukan sebagai penjawat awam untuk mendapatkan suapan bagi isterinya, sembilan tahun lalu.
Pesuruhjaya Kehakiman, Chan Jit Li, menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Shabri Hassan, 41, selepas mendapati rayuan Pendakwa Raya adalah bermerit pada prosiding rayuan.
Sebelum ini, Mohd Shabri dilepas dan dibebaskan Hakim Mahkamah Sesyen Kangar atas tuduhan terbabit pada 2013 lalu setelah dipanggil membela diri.
Bagaimanapun, pihak pendakwaan memfailkan rayuan bagi keputusan itu di Mahkamah Tinggi.
Berdasarkan kertas pertuduhan, Mohd Shabri sebagai seorang penjawat awam iaitu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Tinggi DH 41, Jabatan Perdagangan, Politeknik Tuanku Sirajuddin, menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan suapan dengan memohon kelulusan pemberian kerja Kursus Perniagaan Baiki Pulih Telefon Bimbit yang bernilai RM39,006.50.
Kelulusan pemberian kerja itu diberikan kepada syarikat SSN Dot Com and Resources yang dimiliki isteri tertuduh, Nadiyah Mahamad Madiyah dan adik Nadiyah, Mohd Aidilfitri Mahama.
Mohd Shabri didakwa melakukan kesalahan itu di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Ulu Pauh, Perlis, pada 13 November 2009.
Dia dituduh melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 23 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.
Mahkamah kemudiannya menjatuhkan hukuman penjara setahun dari tarikh hari ini dan denda RM195,032.50.
Mahkamah juga menetapkan Mohd Shabri dipenjara 10 bulan jika gagal membayar denda.
Prosiding kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, A Hafiizh Abu Bakar, manakala Mohd Shabri diwakili peguam, Melissa Sukri.
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/03/404364/salah-guna-kuasa-dapatkan-suapan-untuk-isteri

Comments
Post a Comment