Posts

SPRM PERJELAS ISU SIASATAN KES RASUAH DI MELAKA

Image
KENYATAAN MEDIA SPRM MERUJUK kepada laporan sebuah akhbar tempatan berbahasa Inggeris yang menyatakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini sedang menunggu keputusan Jabatan Peguam Negara bagi pendakwaan kes melibatkan Ahli Majlis Kerajaan Negeri (Exco) Melaka, SPRM ingin menjelaskan bahawa kenyataan yang dimaklumkan oleh Pengarah SPRM Negeri Melaka, Abu Talib Othman seperti yang dilaporkan dalam akhbar tersebut tidak merujuk kepada kes berkenaan. Sebaliknya, kenyataan itu merujuk kes berlainan iaitu siasatan terhadap dua kes rasuah melibatkan dua kakitangan awam serta seorang kakitangan sektor swasta. SPRM ingin menjelaskan bahawa kes berkaitan penerimaan wang rasuah bernilai RM2.6 juta melibatkan Ahli Majlis Kerajaan Negeri (Exco) Melaka itu masih di peringkat siasatan dan kertas siasatan masih belum diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara. Sehubungan itu, SPRM memohon semua pihak terlibat khususnya pihak media agar tidak memutarbelitkan kenyataan itu kerana...

Bekas Naib Presiden MIC didakwa gubah wang haram

JOHOR BAHRU 28 Ogos - Bekas Naib Presiden MIC, S. Balakrishnan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pagi ini atas dua pertuduhan melibatkan pengubahan wang haram berjumlah RM6.012 juta pada tahun 2012 dan 2013. Beliau yang juga merupakan Pengarah Syarikat Sinnaiyah & Sons Sdn. Bhd. mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim, Jailani Rahman. Bagi pertuduhan pertama, Balakrishnan selaku wakil syarikat dituduh melibatkan diri dengan pengubahan wang haram berjumlah RM6.012 juta pada 12 Jun 2012 dan 5 September 2013. Sementara pertuduhan kedua, Balakrishnan selaku pengarah syarikat Sinnaiyah & Sons Sdn. Bhd. didakwa melibatkan diri dengan pengubahan wang haram membabitkan jumlah dan tarikh yang sama. Bagi kedua-dua pertuduhan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang dibaca bersama-sama Seksyen 87(1) Akta yang sama. Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pence...

Bekas pengetua cemerlang tak mengaku salah guna kuasa

BEKAS pengetua cemerlang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Tawau, terhadap tiga pertuduhan salah guna kuasa membabitkan pembekalan peralatan pejabat dan alatan untuk keceriaan sekolah bernilai RM12,556.90. Bekas Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abaka di Tawau, Zahba Selamat, 64, didakwa mengikut Seksyen 23 (1), Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009 dan boleh didakwa mengikut Seksyen 24 (1) akta yang sama. Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa menggunakan jawatannya untuk mendapatkan suapan dengan memilih syarikat Warisan Ledang Enterprise milik anaknya, untuk membekalkan alatan untuk keceriaan sekolah berjumlah RM2,702. Dia didakwa melakukan kesalahan itu di premis sekolah berkenaan pada 24 Februari 2012. Tertuduh turut didakwa membuat keputusan memilih syarikat sama untuk membekalkan alatan pejabat di SMK Abaka melalui lima pesanan sekolah bertarikh 27 Februari 2012 dengan nilai keseluruhan berjumlah RM7,116.10. Dia juga didakwa...

Tuntutan palsu: Bekas pegawai Perhilitan didenda RM117,000

KUANTAN 27 Ogos - Seorang bekas pegawai Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) hari ini didenda RM117,000 selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan membuat tuntutan palsu berhubung pembelian 88 unit beg kembara bernilai RM23,400, lima tahun lalu. Hakim Dazuki Ali turut menjatuhkan hukuman penjara empat tahun kepada Abu Zahrim Ismail, 45, bagaimanapun membenarkan penggantungan pelaksanaan hukuman penjara itu sehingga tertuduh memfailkan notis rayuan dalam tempoh 14 hari. Bagi hukuman denda, tertuduh perlu membayarnya hari ini dan jika gagal berbuat demikian Abu Zahrim akan dipenjara selama 10 bulan. Abu Zahrim didakwa dengan niat memperdaya Ketua Pengarah Perhilitan membuat tuntutan palsu atas nama Baraplas Kreatif Enterprise di Pejabat Penguasa Taman Negara Jerantut, dekat sini pada 28 November 2013. Tuntutan tersebut didakwa mengandungi pembelian 28 unit beg Haversack 75 liter jenama Deuter dan 60 unit Dry Pack 30 liter sedang...

KENYATAAN MEDIA RASMI SPRM: NAFI DAKWAAN AKAN DIROMBAK LIBATKAN PEGAWAI KANAN

Image
SUSULAN dakwaan sebuah akhbar tempatan kononnya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan dirombak melibatkan beberapa pegawai kanan di bahagian siasatan dan perisikan ke agensi lain, SPRM ingin menegaskan bahawa dakwaan tersebut adalah tidak benar sama sekali. Laporan berkenaan dianggap sebagai tidak bertanggungjawab kerana tiada punca yang sahih serta dipercayai hanya berdasarkan maklumat yang ditularkan dan sekadar untuk mensensasikan berita. Laporan ini boleh menimbulkan keresahan dalam kalangan pegawai-pegawai SPRM serta berkemungkinan diputar belit sekali gus mencemarkan imej SPRM dan menimbulkan keraguan masyarakat. Sehubungan itu, SPRM memohon agar  pihak media mendapatkan maklumat sahih terlebih dahalu daripada SPRM sebelum melaporkan berita kepada umum. Tindakan melaporkan berita yang tidak bertanggungjawab boleh menyebabkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat dan agensi-agensi terlibat. SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA PUTRA...

Penolong jurutera hadapi 6 tuduhan salahguna kuasa

PETRA JAYA: Seorang penolong jurutera Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Khas Rasuah di sini, hari ini atas enam pertuduhan salah guna kuasa. Tertuduh, Jamal Abdullah, 48, didakwa melakukan kesalahan itu dengan memohon syarikat milik ahli keluarganya bagi melakukan kerja penyelenggaraan sistem perairan luar bandar, dua tahun lalu. Hakim, Nixon Kennedy Kumbong, menetapkan 24 September ini sebagai tarikh pengurusan kes manakala perbicaraan ditetapkan pada 29 Oktober hingga 2 November ini. Nixon turut membenarkan tertuduh diikat jamin RM25,000 dengan dua penjamin tempatan. Pendakwaan mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dijalankan Pegawai Pendakwa SPRM, Ikhwan Mohd Ibrahim manakala tertuduh diwakili peguam, Francis Wee. Tertuduh ditahan pada jam 3.50 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Sarawak di Jalan Laksamana Cheng Ho, di sini. Berdasarkan kertas pertuduhan, Jam...

Rasuah haram, ditegah agama

AKHIR zaman ini kemewahan dan kekayaan sangat mudah didedahkan kepada khalayak ramai melalui pelbagai kaedah terutamanya media masa. Tambahan lagi, teknologi yang semakin canggih memudahkan masyarakat melayari dan melihat segala kekayaan yang dikecapi oleh manusia sama ada di Malaysia mahupun di negara-negara lain. Kekayaan adalah satu keinginan yang mahu dicapai oleh sebilangan manusia bagi mencapai keselesaan hidup. Namun bagi agama Islam, kehidupan yang bertaraf sederhana lebih diutamakan bagi menjamin kehidupan yang baik seperti Firman Allah SWT yang bermaksud:”Dan (termasuk hamba-hamba Tuhan Yang Maha pemurah) orang yang apabila menginfakkan (harta), mereka tidak berlebihan dan tidak (pula) kikir, sebaliknya perbelanjaan mereka adalah secara wajar dan sederhana (antara boros dan kikir itu) “(Surah Al-Furqan : 67) Dalam mengejar harta dan wang ringgit, kita seharus­nya tidak terjebak dengan pelbagai gejala yang tidak sihat antaranya rasuah. Rasuah ialah penerimaan atau pemberia...