Jangan nanti salahkan SPRM
KETUA Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), TAN SRI DZULKIFLI AHMAD mengingatkan semua ahli dan parti politik yang bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) agar tidak terlibat dengan apa-apa aktiviti atau perbuatan yang menyalahi Akta SPRM dan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954. Kepada wartawan Mingguan Malaysia, HAFIZAHRIL HAMID, AZIAN AZIZ, ABD. AZIZ ITAR, AMIZUL TUNIZAR AHMAD TERMIZI serta jurufoto NASIRRUDDIN YAZID di pejabat beliau, Dzulkifli memberitahu, SPRM akan memantau perjalanan kempen pilihan raya dengan menubuhkan 16 bilik gerakan dan menghantar pasukan khas turun ke lapangan. Beliau turut menegur parti-parti politik yang tidak menghantar nama untuk disaring. "Bukannya tugas kami di SPRM sebaliknya itu adalah tugas dan tanggungjawab parti-parti politik itu sendiri bagi memastikan calon-calon mereka itu bersih daripada isu rasuah dan salah guna kuasa," katanya. MINGGUAN: Setakat hari ini, apakah semua parti bertanding dalam PRU-14