Jurutera JKR Kulai dituduh rasuah
JOHOR BAHRU: Seorang jurutera kanan Jabatan Kerjaya Raya (JKR) Kulai dihadapkan ke Mahkamah Sesyen hari ini atas tuduhan memperoleh rasuah bernilai RM25,000 membabitkan pemberian kontrak menaik taraf cerun dan parkir di bangunan JKR Daerah Kulai, tiga tahun lalu.
Tertuduh, Azizan Mohamed Yassin, 39, mengaku tidak bersalah sejurus kertas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Kamarudin Kamsun.
Berdasarkan kertas pertuduhan, dia didakwa secara rasuah memperoleh untuk diri sendiri suapan bernilai RM25,000 melalui akaun sebuah bank milik ahli keluarganya.
Dia didakwa memperoleh wang itu daripada Abu Bakar A Aziz sebagai dorongan memberikan kerja-kerja menaik taraf cerun dan parkir kenderaan jambatan berbumbung di pejabat JKR Daerah Kulai.
Teruduh didakwa melakukan kesalahan itu di Maybank Berhad Cawangan Taman Universiti Skudai pada jam 4.03 petang, 23 Oktober 2015.
Dia didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mana lebih tinggi.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor, Khazrin Hafiz Khalil, manakala tertuduh diwakili peguam, Azi Azlin Zulkifli.
Tertuduh yang berjaket hitam dan bercermin mata hadir ke mahkamah bersama isteri dan anak bongsu yang berusia kira-kira sebulan.
Terdahulu pihak pendakwaan memohon tertuduh diikat jamin RM30,000, selain meletakkan syarat tambahan supaya menyerahkan pasport miliknya.
Bagaimanapun pihak pembelaan membantah jaminan tinggi dengan alasan jaminan bukan sebagai satu hukuman, sebaliknya mencadangkan tertuduh dikenakan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin.
"Dalam kes ini, anak guam saya hanya dituduh dengan satu pertuduhan dan sejak kes pertamanya (tahun lalu), dia digantung kerja dengan memperoleh sebahagian gajinya.
"Saya memohon satu jumlah jaminan paling minimum dapat diberikan dan jika diambil kira satu pertiga daripada jumlah rasuah RM25,000 itu, ia berjumlah kira-kira RM8,300," katanya.
Katanya, jika mahkamah meletakkan jumlah jaminan tinggi RM30,000, ia seperti menghukum tanpa mendengar pembelaan daripada tertuduh.
"Pada hari ini, isteri tertuduh masih dalam pantang dan bagi jaminan pada hari ini, dia diwakili isterinya itu yang bertugas sebagai guru untuk membayar jaminan," katanya.
Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 22 Mei ini sebagai tarikh sebutan semula.
Sebelum ini pada Jun tahun lalu tertuduh turut didakwa menggunakan kedudukan mendapatkan suapan membabitkan pemberian kontrak bernilai RM19,750, tiga tahun lalu.
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/04/416203/jurutera-jkr-kulai-dituduh-rasuah

Comments
Post a Comment