Mohon diberi masa
Kota Kinabalu: Mahkamah Khas Rasuah, di sini, semalam, menjatuhkan hukuman denda RM10,000 terhadap Pembantu Pegawai Kesihatan Persekitaran, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) selepas mengaku bersalah menerima suapan, tahun lalu.
Hakim Abu Bakar Manat bagaimanapun menunda hukuman terhadap David @ Divi Jasni, 37, hingga 25 Mei depan selepas tertuduh memohon diberi masa bagi menjelaskan denda berkenaan berikutan kekangan kewangan.
Ketika membenarkan permohonan itu, Abu Bakar mengingatkan tertuduh menggunakan masa yang diberi untuk membayar denda dan jika gagal, dia diarahkan menjalani hukuman penjara.
Mengikut fakta kes, pada 29 Julai tahun lalu, tertuduh secara tidak jujur menerima wang tunai RM200 daripada Lui Oi Yee sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan kompaun terhadapnya mengikut Undang-Undang Kecil Makanan dan Premis 1966.
Dia dituduh melakukan kesalahan itu pada jam 11.20 pagi di belakang Kedai Kopi Melanian 3, Jalan Pantai di sini dan disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.
Isteri tertuduh, Liah Moen, 34, juga dituduh bersubahat dengan suaminya dengan menyamar sebagai pegawai DBKK pada tarikh sama dan mengaku salah atas pertuduhan mengikut Seksyen 171 Kanun Keseksaan kerana memakai pakaian atau membawa token digunakan penjawat awam dengan tujuan penipuan.
Sementara itu, Abu Bakar turut mengenakan denda RM300 terhadap Liah sambil menasihatinya supaya memikirkan akibatnya dan keluarga sebelum melakukan sesuatu kesalahan.
Kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwaraya Rustam Sanip yang mewakili SPRM, manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/04/331598/mohon-diberi-masa

Comments
Post a Comment