Posts

Tiga Pegawai AADK Perlis Minta Suapan, Ditahan SPRM Perlis

KANGAR, 4 Jun (Bernama) -- Tiga pegawai Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Perlis ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perlis semalam kerana meminta rasuah daripada dua individu ketika dalam satu operasi di sini pada Mac lepas. Pengarah SPRM Perlis Yaacop Angah berkata pegawai berkenaan ditahan di pejabat AADK Daerah Perlis Utara kerana disyaki meminta bayaran sebagai dorongan untuk tidak mengenakan tindakan terhadap dua individu yang dikesan positif dadah semasa operasi berkenaan. "Berdasarkan maklumat diperoleh, ketiga-tiga pegawai itu dipercayai melakukan kesalahan berkenaan pada penghujung Mac lepas di dalam lokap sementara pejabat AADK Daerah Perlis Utara," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini. -- BERNAMA

Pegawai pentadbiran imigresen di KLIA ditahan kes rasuah

Image
KUALA LUMPUR 2 Jun – Seorang pegawai imigresen di bahagian pentadbiran cawangan penguatkuasaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) diberkas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke­rana dipercayai meminta rasuah semalam. Lelaki itu dikatakan berbuat demikian selepas mendapat maklumat daripada rakan se­kerja yang bertugas di bahagian siasatan. Bagaimanapun, suspek berjaya diberkas kira-kira pukul 5.30 petang di KLIA hasil maklumat yang diterima SPRM. Menurut sumber, lelaki itu ditahan kerana dipercayai me­minta suapan sebanyak RM7,400 daripada ejen kepada dua warga Vietnam yang telah ditahan Jabatan Imigresen pada 24 Mei lalu di KLIA. “Yang sebenarnya suspek terlebih dahulu mendapat tahu daripada pegawai penyiasat kes bahawa tiada kesalahan untuk menuduh kedua-dua warga asing itu di mahkamah dan mereka sebenarnya akan dihantar pulang ke negara asal tanpa sebarang tindakan. “Tetapi dia cuba mengambil kesempatan meminta suapan daripada eje...

Sarjan tak mengaku salah minta, terima rasuah

IPOH: Seorang anggota polis berpangkat Sarjan mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah selepas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini. Yuslan Md Yusof, 33, yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Siput membuat pengakuan itu di hadapan Hakim S Indra Nehru selepas pertuduhan dibacakan ke atasnya oleh jurubahasa mahkamah. Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Nurul Wahida Jalaluddin. Bagi pertuduhan pertama, Yuslan didakwa melakukan kesalahan itu di pejabat SPRM Perak melalui panggilan telefon kepada Mohd Zamhuri Mohd Alit@Mat Ali dengan meminta suapan berjumlah RM1,000 untuk dirinya daripada Mohd Zamhuri, kira-kira jam 8 malam, 2 Mei 2014. Ia sebagai dorongan bagi melepas anak Mohd Zamhuri, Mohammad Aliff daripada dikenakan tindakan mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagihan Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1968. Dia didakwa meng...

Making MACC truly independent

Image

18 tangkapan SPRM Pahang setakat 31 Mei

TEMERLOH: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang membuat 18 tangkapan membabitkan pelbagai kesalahan rasuah di negeri itu bagi tempoh Januari hingga semalam. Pengarah SPRM Pahang, Datuk Wan Ramli Wan Abdullah, berkata jumlah berkenaan menunjukkan peningkatan ketara berbanding hanya 17 tangkapan yang direkodkan sepanjang 2015. Menurutnya peningkatan itu berkemungkinan disebabkan tangkapan berkaitan aktiviti perlombongan bauksit pada awal tahun ini. "Selain kes bauksit, kita juga banyak melakukan tangkapan kes-kes lain dari semasa ke semasa menerusi hasil risikan sendiri ataupun daripada aduan orang ramai," katanya selepas penutupan majlis penerangan dan wacana bertajuk "Pencegahan Rasuah Bermula Dari Rebung" anjuran SPRM Pahang di sini, semalam. Majlis itu disempurnakan Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob yang turut dihadiri Exco Pelancongan dan Kebudayaan negeri Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin. Kira-kira 400 belia menghadiri wacana berkena...

Kerjasama SPRM Kedah Dan NACC Thailand Mampu Banteras Rasuah Rentas Sempadan

ALOR SETAR, 23 Mei (Bernama) -- Kerjasama antara Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Kebangsaan (NACC) Thailand diyakini mampu membanteras kegiatan rasuah rentas sempadan. Pengarah SPRM Kedah, Datuk Mohd Fauzi Mohamad berkata kerjasama berkenaan itu telah diwujudkan pada Oktober tahun lepas, selepas perjanjian persefahaman dimeterai antara kedua pihak pada 2012. Beliau berkata menerusi kerjasama itu kedua-dua pihak akan membantu bagi mengesan saksi dan individu yang dikehendaki, yang melarikan diri ke luar negara bagi mengelak ditahan pihak berkuasa untuk tujuan siasatan. "Setakat ini kita ada satu kes dengan meminta NACC di Songkhla (Selatan Thailand) bagi mengesan seorang wanita yang kini berada di Danok, Thailand bagi membantu siasatan berhubung satu kes berkaitan rasuah," katanya pada sidang media selepas menerima kunjungan delegasi dari NACC Thailand, di Pejabat SPRM Kedah di sini, hari ini. Sejumlah 31 delegasi NACC meny...

MQA Agensi Pertama Di Malaysia Akan Dinilai ISO 37001

PETALING JAYA, 17 Mei (Bernama) -- Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) menjadi agensi pertama di Malaysia yang akan dinilai dan dipantau di bawah Sistem Pengurusan Anti Rasuah - ISO 37001. Sijil pengiktirafan ISO 37001 merupakan ukuran kawalan sistem pencegahan rasuah bagi membantu organisasi melaksanakan sistem pengurusan yang efektif dalam mencegah, mengesan dan menangani rasuah. Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Mustafar Ali berkata SPRM akan membantu MQA untuk mendapatkan sijil pengiktirafan ISO 37001 itu. "Ia termasuk menerima pakai dasar dan polisi anti rasuah, melantik seseorang untuk mengawasi pematuhan anti rasuah, latihan, penilaian risiko, melaksanakan kawalan kewangan, komersial, memulakan prosedur laporan dan penyiasatan," katanya selepas menandatangani Ikrar Integriti Korporat MQA dan SPRM di Menara PKNS di sini, hari ini. Bagaimanapun, beliau berkata ia bergantung kepada badan dunia sistem piawa...