Pegawai pentadbiran imigresen di KLIA ditahan kes rasuah

SEORANG pegawai imigresen yang ditahan di KLIA untuk membantu siasatan kes rasuah dibawa ke Mahkamah


KUALA LUMPUR 2 Jun – Seorang pegawai imigresen di bahagian pentadbiran cawangan penguatkuasaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) diberkas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke­rana dipercayai meminta rasuah semalam.

Lelaki itu dikatakan berbuat demikian selepas mendapat maklumat daripada rakan se­kerja yang bertugas di bahagian siasatan.

Bagaimanapun, suspek berjaya diberkas kira-kira pukul 5.30 petang di KLIA hasil maklumat yang diterima SPRM.

Menurut sumber, lelaki itu ditahan kerana dipercayai me­minta suapan sebanyak RM7,400 daripada ejen kepada dua warga Vietnam yang telah ditahan Jabatan Imigresen pada 24 Mei lalu di KLIA.

“Yang sebenarnya suspek terlebih dahulu mendapat tahu daripada pegawai penyiasat kes bahawa tiada kesalahan untuk menuduh kedua-dua warga asing itu di mahkamah dan mereka sebenarnya akan dihantar pulang ke negara asal tanpa sebarang tindakan.

“Tetapi dia cuba mengambil kesempatan meminta suapan daripada ejen dua warga asing terbabit dan menyembunyikan perkara sebenar,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Ujar sumber itu, pihak SPRM telah mendapatkan perintah reman selama tujuh hari terhadap suspek bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Sementara itu, Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/pegawai-pentadbiran-imigresen-di-klia-ditahan-kes-rasuah-1.338035#sthash.856jMzHg.dpuf

Comments

Popular posts from this blog

Ibu Pejabat SPRM ikonik baharu Putrajaya

Penolong arkitek UiTM didenda kes rasuah

Beri suapan RM1,100 untuk tukar sampel air kencing kepada air paip