Tiga Pegawai AADK Perlis Minta Suapan, Ditahan SPRM Perlis
KANGAR, 4 Jun (Bernama) -- Tiga pegawai Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Perlis ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perlis semalam kerana meminta rasuah daripada dua individu ketika dalam satu operasi di sini pada Mac lepas.
Pengarah SPRM Perlis Yaacop Angah berkata pegawai berkenaan ditahan di pejabat AADK Daerah Perlis Utara kerana disyaki meminta bayaran sebagai dorongan untuk tidak mengenakan tindakan terhadap dua individu yang dikesan positif dadah semasa operasi berkenaan.
"Berdasarkan maklumat diperoleh, ketiga-tiga pegawai itu dipercayai melakukan kesalahan berkenaan pada penghujung Mac lepas di dalam lokap sementara pejabat AADK Daerah Perlis Utara," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.
-- BERNAMA

Comments
Post a Comment