Posts

SPRM: Kami sedia siasat 'pendrive' TMJ

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengalu-alukan Tunku Mahkot Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk menyerahkan 'pendrive'  yang mengandungi pelbagai maklumat berhubung rasuah Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kepada pihak mereka. Semalam, Tunku Ismail mendakwa memiliki dokumen penting berkaitan aktiviti dalaman Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), termasuk berkaitan ketirisan penjualan tiket perlawanan akhir Piala FA dan Piala Malaysia. SPRM dalam satu kenyataan hari ini, menyatakan pihaknya akan bertindak sejurus sahaja maklumat yang konkrit diterima mereka. "Sekiranya terdapat maklumat yang mempunyai asas di bawah kesalahan Akta SPRM 2009, pihak SPRM bersedia mengambil tindakan sewajarnya mengikut peruntukan undang-undang," petik kenyataan SPRM hari ini. TMJ semalam mendakwa memiliki 'pendrive' yang mengandungi bukti rasuah selama 30 tahun FAM. “Ini adalah 'pendrive' diberikan kepada saya oleh s...

Konsultan palsu dijel enam tahun

JOHOR BAHRU – Tindakan seorang lelaki yang menyamar sebagai perun­ding syarikat Sime Darby dengan niat menipu dua individu berhubung projek hartanah membawa padah apabila dia dijatuhi hukuman penjara selama enam tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam. Hakim Mohd. Fauzi Mohd. Nasir menjatuhkan hukuman itu setelah tertuduh, Mohmaddun Salleh, 55, mengaku bersalah selepas dua pertuduhan dibacakan terhadapnya. Mengikut pertuduhan pertama, Mohmaddun didakwa menipu dengan menyamar sebagai konsultan bagi syarikat Sime Darby terhadap Mazlan Musa, 34, berhubung penawaran kerja membina dan membekal 50 unit rumah pekerja di ladang Segamat dan Kota Tinggi kepada syarikat MSA Maju Jaya Trading. Perbuatan itu dilakukannya di Restoran Norsiah, Jalan Seri Bertam Yong Peng, Batu Pahat pada pukul 10 malam, 4 Mac 2014. http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0720&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm#ixzz4F0nAKPJk    

Rasuah: Bakal pengantin dipenjara, denda RM20,000

SHAH ALAM 19 Julai - Seorang anggota polis berpangkat Sarjan masih berpeluang untuk naik pelamin Sabtu ini selepas Mahkamah Sesyen di sini hari ini membenarkan permohonan penggantungan pelaksanaan hukuman penjara empat tahun selepas didapati bersalah atas dua tuduhan menerima rasuah, dua tahun lalu. Bagaimanapun, kebenaran tersebut diberikan oleh Hakim Asmadi Hussein dengan syarat tertuduh, Mohd. Faridzuddin Hamzah, 26, melunaskan denda RM20,000 yang turut dikenakan terhadapnya bagi kesalahan itu. Jaminan terhadapnya juga dinaikkan daripada RM8,000 ke RM15,000 dengan seorang penjamin di samping tertuduh yang kini digantung tugas turut diperintahkan melapor diri ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terdekat pada setiap bulan. Terdahulu, Asmadi menjatuhkan hukuman penjara empat tahun dan denda RM10,000 bagi setiap pertuduhan dan hukuman penjara diperintah berbuat kuasa secara serentak bermula hari ini. Gagal membayar denda tersebut, hukuman penjara...

SPRM P.Pinang tahan pegawai kanan ICU JPM

GEORGETOWN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Pulau Pinang hari ini menahan seorang pegawai kanan Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) Pulau Pinang bagi siasatan kes salah guna kuasa. Sumber berkata, pegawai kanan itu ditahan di pejabatnya kira-kira jam 12 tengah hari sebelum dibawa ke pejabat SPRM Pulau Pinang, di sini untuk diambil keterangan. "Lelaki itu ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes salah guna kuasa membabitkan satu projek membekalkan pakaian seragam bernilai kira-kira RM25,000 pada tahun 2013 ketika pegawai kanan berkenaan bertugas di sebuah lagi jabatan kerajaan," katanya kepada Bernama di sini hari ini. Beliau berkata, SPRM telah menjalankan siasatan berhubung kes itu sejak tahun lepas sebelum menahan pegawai kanan berkenaan hari ini. Sumber itu berkata kes pegawai kanan berkenaan disiasat mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009. Sementara itu, Pengarah SPRM Pul...

Didik pelajar perangi rasuah

PENAMATAN  awal kontrak TAN SRI ABU KASSIM MOHAMED sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang sepatutnya berakhir pada 4 Disember 2018 bagaikan satu rahmat apabila beliau kini boleh memberi tumpuan sepenuhnya kepada aspek pengajaran dan perkongsian pengalamannya di Universiti Teknologi Mara (UiTM). Ikuti wawancara eksklusif wartawan Sinar Harian, NIZAM ZAIN bersama Abu Kassim untuk mengulas lebih lanjut hala tuju beliau selepas bersara awal daripada badan bebas itu dan mencurahkan baktinya kepada institut pengajian tinggi. Tan Sri dikhabarkan dilantik sebagai perunding undang-undang di Universiti Teknologi Mara (UiTM). Boleh jelaskan apa peranan Tan Sri dalam IPT  berkenaan? Saya hanya terima satu tawaran sahaja, iaitu saya akan dipinjamkan kepada UiTM sebagai perunding. Selain itu mungkin akan memberi ceramah atau mengajar dalam subjek-subjek tertentu. Saya akan berkongsi pengalaman, pengetahuan dan kemahiran yang ada selama 32 tahun...

Abu Kassim terus usaha banteras rasuah selepas bersara

ALOR SETAR: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed, mengakui akan meneruskan perjuangan dalam agenda membanteras rasuah walaupun selepas bersara. Beliau yang akan meninggalkan SPRM 1 Ogos ini, mengesahkan akan berkongsi pengalaman dan kepakaran dalam bidang itu sebagai pakar jemputan di Akademi Anti-Korupsi Antarabangsa di Vienna, Austria selain sebagai perunding di Universiti Teknologi Mara (UiTM). "Perjuangan akan diteruskan sebagai penceramah dan perunding di dua tempat itu. Jika ada kelapangan baharu boleh menyertai ceramah di luar apabila menerima jemputan," katanya ketika ditemui sempena Majlis Sambutan Aidilfitri SPRM Kedah, di sini, hari ini. Mengulas pembabitannya di Vienna, katanya, beliau akan memberi khidmat untuk membantu dan membina kapasiti serta merangka program berkaitan anti-korupsi. Abu Kassim kini menghabiskan tempoh perkhidmatannya sebelum bersara dengan melakukan rangka lawatan ke peja...

SPRM Kelantan guna pendekatan agama cegah rasuah

KOTA BHARU : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan bakal menggunakan pendekatan agama dalam usaha mencegah rasuah dalam kalangan penduduk di negeri ini. Pengarahnya Datuk Moh Shamsudin Yusof berkata usaha menangani rasuah perlu ada 'kekuatan hati' bagi setiap orang yang membuat laporan atau menjadi saksi penting dalam mana-mana kes rasuah. "Sekiranya tiada kekuatan dalaman, maka usaha menghapuskan kegiatan rasuah tidak akan berjaya sepenuhnya," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini, hari ini. Moh Shamsudin berkata untuk menjayakan usaha tersebut, pihaknya akan mendapatkan pelan tindakan daripada golongan pendakwah seperti Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri dan mufti untuk sebarang rujukan. "Kita dapati pelbagai pihak bersetuju untuk adakan bengkel lebih serius melalui pendekatan agama dan kita yakin usaha ini akan berjaya," katanya. Beliau berkata bengkel berkenaan yang akan diadakan dalam tempoh terdekat akan melibatkan penyerta...