SPRM P.Pinang tahan pegawai kanan ICU JPM
GEORGETOWN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
(SPRM) Pulau Pinang hari ini menahan seorang pegawai kanan Unit Penyelarasan
dan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) Pulau Pinang bagi siasatan
kes salah guna kuasa.
Sumber berkata, pegawai kanan itu ditahan
di pejabatnya kira-kira jam 12 tengah hari sebelum dibawa ke pejabat SPRM Pulau
Pinang, di sini untuk diambil keterangan.
"Lelaki itu ditahan bagi membantu
siasatan berhubung kes salah guna kuasa membabitkan satu projek membekalkan
pakaian seragam bernilai kira-kira RM25,000 pada tahun 2013 ketika pegawai
kanan berkenaan bertugas di sebuah lagi jabatan kerajaan," katanya kepada
Bernama di sini hari ini.
Beliau berkata, SPRM telah menjalankan
siasatan berhubung kes itu sejak tahun lepas sebelum menahan pegawai kanan
berkenaan hari ini.
Sumber itu berkata kes pegawai kanan
berkenaan disiasat mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM) 2009.
Sementara itu, Pengarah SPRM Pulau Pinang,
Datuk M.Samarajoo ketika dihubungi mengesahkan tangkapan pegawai kanan itu. -
BERNAMA
http://www.bharian.com.my/node/174657
http://www.bharian.com.my/node/174657
Comments
Post a Comment