Konsultan palsu dijel enam tahun

JOHOR BAHRU – Tindakan seorang lelaki yang menyamar sebagai perun­ding syarikat Sime Darby dengan niat menipu dua individu berhubung projek hartanah membawa padah apabila dia dijatuhi hukuman penjara selama enam tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam.
Hakim Mohd. Fauzi Mohd. Nasir menjatuhkan hukuman itu setelah tertuduh, Mohmaddun Salleh, 55, mengaku bersalah selepas dua pertuduhan dibacakan terhadapnya.
Mengikut pertuduhan pertama, Mohmaddun didakwa menipu dengan menyamar sebagai konsultan bagi syarikat Sime Darby terhadap Mazlan Musa, 34, berhubung penawaran kerja membina dan membekal 50 unit rumah pekerja di ladang Segamat dan Kota Tinggi kepada syarikat MSA Maju Jaya Trading.
Perbuatan itu dilakukannya di Restoran Norsiah, Jalan Seri Bertam Yong Peng, Batu Pahat pada pukul 10 malam, 4 Mac 2014.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0720&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm#ixzz4F0nAKPJk 
 

Comments

Popular posts from this blog

Ibu Pejabat SPRM ikonik baharu Putrajaya

Penolong arkitek UiTM didenda kes rasuah

Beri suapan RM1,100 untuk tukar sampel air kencing kepada air paip