Rasuah Sabah: 60 Sen Masuk Poket Bagi Setiap RM1
KOTA KINABALU: Mengejutkan apabila 60 sen bagi setiap RM1 yang diperuntukan kerajaan Pusat untuk projek air telah dimasukkan ke poket individu yang tidak bertanggungjawab. Pegawai kanan kerajaan negeri di sini memberitahu, hanya 40 peratus daripada dana bagi menyalurkan kemudahan air di Sabah diterima , manakala selebihnya disalahguna. Penjawat awam yang maklum berhubung siasatan terhadap dua pegawai kanan Jabatan Air Sabah itu berkata, skala rasuah melibatkan kedua suspek itu melibatkan terlalu besar kerana membabitkan dana awam mencecah RM3.3 bilion bagi projek di negeri itu sejak 2010. Susulan itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan Pengarah Jabatan Air Sabah, Ag Tahir Ag Talib, 54 dan timbalannya, Teo Chee Kong, 52 melibatkan rampasan mencecah RM115 juta termasuk wang tunai RM52 juta yang ditemui di kediaman dan pejabat. Dua lagi melibatkan abang Chee Kong yang berusia 55 tahun dan bergelar Datuk serta akauntan turut ditahan pada S...