Skip to main content

Rasuah: Barang kemas dirampas bernilai RM3.64 juta




KOTA KINABALU 7 Okt. - Barang kemas dengan berat 14.5 kilogram dipercayai milik seorang pengarah sebuah agensi kerajaan yang dirampas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selasa lalu bernilai RM2.74 juta. 
Manakala, barang kemas milik timbalan pengarahnya yang turut dirampas dalam operasi SPRM itu pula dianggarkan bernilai RM900,000. 
Menurut sumber, penilaian berat dan nilai barang kemas itu dilakukan pakar penilai barang kemas dari Bank Rakyat. 
"Pakar penilai mengambil masa kira-kira dua jam untuk menilai jumlah barang kemas yang dirampas dalam serbuan itu," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki mengesahkan mengenai jumlah tersebut. - UTUSAN ONLINE

Comments

Popular posts from this blog

Ibu Pejabat SPRM ikonik baharu Putrajaya

Penolong arkitek UiTM didenda kes rasuah

Beri suapan RM1,100 untuk tukar sampel air kencing kepada air paip