Azam Baki Timbalan Ketua Pesuruhjaya Operasi SPRM
KUALA LUMPUR - Pengarah Bahagian Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Azam Baki dilantik Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM yang baharu berkuat kuasa hari ini.
Azam menggantikan Datuk Seri Shukri Abdull yang bersara wajib secara rasmi semalam, kata SPRM dalam kenyataan hari ini.
Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat Datuk Shamshun Baharin Mohd Jamil pula dilantik sebagai Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM berkuat kuasa hari ini menggantikan Datuk Seri Mustafar Ali yang kini menyandang jawatan Ketua Pengarah Jabatan Imigresen.
Sebelum ini, Azam dan Shamshun masing-masing memangku jawatan berkenaan. –Bernama
Comments
Post a Comment