SPRM siasat penguat kuasa
KUALA LUMPUR 19 Mac - Minta atau terima RM200 hingga RM300 sebulan bagi melepaskan sebuah lori yang didapati melakukan kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1957 termasuk tiada insurans dan cukai jalan. Bayangkan jika jumlah lori yang dilepaskan setiap bulan lebih daripada 50 buah sudah tentu jumlah wang yang dikutip lumayan. Itu yang didakwa dilakukan sekumpulan penguat kuasa bagi mendapatkan pendapatan sampingan daripada pengusaha-pengusaha syarikat lori yang kenderaan milik mereka bermasalah. Jadi tidak hairanlah masih banyak lori yang tiada insurans, cukai jalan dan melakukan pelbagai kesalahan undang-undang didakwa bebas beroperasi di jalan raya. Berikutan dakwaan itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menjalankan siasatan secara menyeluruh terhadap penguat kuasa yang dipercayai terlibat dalam kegiatan rasuah dan salah guna kuasa tersebut. Sumber berkata, perbuatan melepaskan lori yang melanggar...