Ketua Balai Bomba Langkawi dipenjara 40 bulan kerana rasuah
ALOR SETAR: Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Langkawi dijatuhi hukuman penjara 40 bulan dan denda RM60,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 2 pertuduhan rasuah pada Oktober 2012.
Hakim Zanol Rashid Hussain menjatuhkan hukuman itu kepada Yaakob Hassan, 49, selepas meneliti rayuan yang dikemukakan peguam bela, Paramjit Singh dan hujah Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), A Hafiizh Abu Bakar.
Pada 8 Mac lalu, Zanol Rashid memutuskan tertuduh bersalah, namun hukuman tidak dapat dijatuhkan kerana Yaakob masih ditahan mengikut Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959 dan menetapkan hari ini bagi menjatuhkan hukuman itu.
Bagi pertuduhan pertama, Yaakob didakwa meminta suapan RM10,000 daripada Jamat Harun melalui panggilan telefon semasa pengadu berada di rumahnya di Kampung Kilim, Mukim Ayer Hangat, Langkawi, pada jam 7.46 malam, 13 Oktober 2012.
Suapan itu sebagai dorongan untuk membantu menutup siasatan kes polis terhadap anak lelaki pengadu, Mohd Shafiqq Affandi Jamat.
Bagi pertuduhan itu, Zanol Rashid menjatuhkan hukuman 20 bulan penjara dan denda RM50,000 atau penjara 10 bulan jika gagal membayar denda tersebut.
Bagi pertuduhan ke-2, Yaakob dituduh menerima rasuah RM2,000 daripada Ahmad Ridzwan Jamat bagi tujuan sama di dalam bilik Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Langkawi, Jalan Kasap, Langkawi pada jam 3 petang, 14 Oktober 2012.
Bagi pertuduhan ke-2, Yaakob dikenakan penjara 20 bulan dan denda RM10,000 serta boleh dipenjara 2 bulan jika gagal membayar denda itu.
Hukuman penjara itu bagaimanapun berjalan serentak bermula hari ini.
Zanol Rashid kemudiannya membenarkan hukuman penjara itu ditangguh, selepas selesai proses rayuan, namun perlu membayar denda berkenaan hari ini.
Bagi 2 kesalahan itu, Yaakob dituduh mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang 5 kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi.
Tertuduh yang memakai baju-T dan berseluar sukan kemudiannya dilihat memeluk ahli keluarga dan rakan.
http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2017/03/14/ketua-balai-bomba-langkawi-dipenjara-40-bulan-kerana-rasuah/

Comments
Post a Comment