Perlis negeri kelima ikrar IBR
KANGAR 14 Mac - Kerajaan negeri hari ini menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang diperkenalkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya anggota pentadbiran negeri melaksanakan tugas dengan penuh amanah, menjauhkan daripada rasuah dan tidak salah guna kuasa.
Perlis merupakan negeri kelima yang menandatangani IBR selepas Melaka, Sarawak, Negeri Sembilan dan Kedah.
Pada majlis yang diadakan di Kompleks Dewan Undangan Kerajaan Negeri (DUN) di sini, lafaz ikrar berkenaan diketuai oleh Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man yang diikuti oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Ahmad Zamri Khairuddin.
Turut serta ialah Speaker Kerajaan Negeri, Hamdan Bahari; barisan Exco Kerajaan Negeri dan anggota pentadbiran kerajaan.
Upacara itu disaksikan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad. - UTUSAN ONLINE
Comments
Post a Comment