Bekas Pengarah MITI Kelantan direman
KOTA BHARU: Bekas Pengarah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Kelantan direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu membabitkan nilai RM190,000.
Perintah tahanan reman itu dikeluarkan oleh Pendaftar Mahkamah Sesyen, Norida Mohd Husin. Reman berkenaan bermula hari ini sehingga Selasa depan.
Jurucakap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), berkata suspek berusia 35 tahun ditahan di pejabatnya di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Putrajaya tengah hari semalam.
"Pegawai kita ke pejabat JPA untuk membuat tangkapan sebelum membawa suspek malam tadi ke Kelantan untuk direman.
"Suspek dipercayai membuat tuntutan palsu berjumlah RM190,000 dan kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 kerana membuat tuntutan palsu," katanya.
Comments
Post a Comment