Posts

Showing posts from December, 2016

Year in review 2016 - MACC makes record haul in 49 years

The   Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) landed its biggest haul since it was set up 49 years ago when it seized RM114.5 million from two senior officers from the Sabah Water Department (SWD) in October. In a year when MACC bared its fangs, the commission detained the director and deputy director of SWD, which is a government department. The top officials were alleged to have misused their power in handling infrastructure projects valued at RM3.3 billion. MACC also seized some RM53.7 million in cash. A total of 19 engineers from the department were also arrested for allegedly receiving kickbacks of between 27% and 30% of the value of SWD projects and emergency response work awarded to contractors. Meanwhile at MACC, Datuk Dzulkifli Ahmad was appointed the new chief commissioner and took his oath of office on Aug 23. Dzulkifli, the former national revenue recovery enforcement team director from the Attorney-General’s Chambers, succeeded Tan Sri Abu Kassim Mohamed who

Henti Golf- SPRM

Image
  Dalam wawancara khas eksklusif Mingguan Malaysia, KP SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad memberi amaran kepada penjawat awam khususnya pengurusan tertinggi yang bermain golf di luar negara kerana SPRM sudah ada maklumat berhubung pergerakan dan aktiviti mereka. Katanya, walaupun mereka pergi dengan wang sendiri namun perbelanjaan lain setibanya di negara tersebut ditanggung oleh pihak tertentu yang mempunyai kepentingan. Tambahnya, usaha membanteras rasuah akan terus dipertingkat kan tahun ini dan menegaskan perbuatan penjawat awam terlibat dalam rasuah merupakan pengkhianatan kepada rakyat dan negara. Beliau turut berkata, pada tahun 2017 ini, SPRM akan melipatgandakan aktiviti merakyatkan SPRM melalui program pencegahan dan pendidikan masyarakat serta menggandakan tindakan operasi dan penguatkuasaan bagi memerangi rasuah serta salah guna kuasa.  

KENYATAAN MEDIA RASMI SPRM: SPRM - LHDNM JALIN KERJASAMA STRATEGIK PERANGI RASUAH

Image
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) akan menjalinkan satu rangkaian kerjasama strategik yang lebih erat dalam usaha membendung dan memperkukuhkan tindakan penguatkuasaan undang-undang terhadap jenayah rasuah, penyalahgunaan kuasa dan pengelakkan sistem percukaian negara. Melalui kerjasama strategik ini maka siasatan serta tindakan yang lebih bersepadu dan menyeluruh akan dapat dilaksanakan bagi memastikan individu-individu yang terlibat dengan jenayah rasuah yang gagal melaporkan pendapatan mereka bagi mengelakkan kewajipan membayar cukai pendapatan akan dapat dikesan dan dikenalpasti dengan lebih efisyen. Dalam satu pertemuan antara Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad dan Ketua Pegawai Eksekutif LHDNM, Datuk Sabin Samitah hari ini, kedua-dua pihak telah bersetuju untuk bekerjasama dari sudut siasatan, berkongsi maklumat dan pandangan dalam isu-isu berkaitan rasuah, salah guna kuasa serta peningkatan kemamp

Kes penyelewengan di Sabah - rampasan terbesar SPRM selepas 49 tahun

KUALA LUMPUR: Rampasan RM114.5 juta berkaitan dengan penyelewengan projek infrastruktur asas bernilai RM3.3 bilion di Sabah pada Oktober merupakan kes terbesar dalam sejarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, dulu dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah, yang ditubuhkan 49 tahun lalu. Kejayaan itu selaras dengan fokus utama Ketua Pesuruhjaya Datuk Dzulkifli Ahmad selepas mengambil alih teraju SPRM pada 1 Ogos lepas untuk membersihkan perkhidmatan awam. Seorang pengarah dan timbalan pengarah jabatan kerajaan ditahan. Sementara siasatan dijalankan, masing-masing dibebaskan dengan ikat jamin RM500,000 tanpa deposit, dengan dua orang penjamin. Susulan itu, SPRM turut merampas geran tanah, barang kemas, jam dan beg tangan berjenama serta kenderaan mewah bernilai jutaan ringgit daripada lebih 20 orang suspek yang ditahan berhubung kes berkenaan. Antara kes yang turut mendapat perhatian umum pada tahun ini ialah penahanan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan pemilik banglo

PM Najib Terima Kunjungan Hormat Anggota Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah

Image
PUTRAJAYA, 20 Dis (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menerima kunjungan hormat anggota Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) di pejabatnya di Bangunan Perdana Putra di sini. Mengetuai rombongan itu ialah Pengerusi LPPR Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim bersama tujuh anggota LPPR, antaranya ialah Tan Sri Dr Hadenan Abdul Jalil, Tan Sri Musa Hassan, Datuk Mohd Noor Abdullah dan Tan Sri Dr Michael Yeoh Oon Kheng. Turut serta dalam delegasi ialah Prof Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak, Datuk Dr Mohd Tap Salleh dan Datuk Dr Hamzah Kassim. Dalam perjumpaan kira-kira 30 minit itu, Najib dan anggota LPPR bertukar pandangan mengenai cadangan penambahbaikan dalam usaha memantapkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Pembentukan LPPR diwujudkan bertujuan untuk memastikan ketelusan dan akauntabiliti dalam keseluruhan perjalanan SPRM. -- BERNAMA

Koperal ambil rasuah dipenjara sehari, denda RM20,000

AYER KEROH: Seorang anggota polis berpangkat koperal dihukum penjara sehari dan denda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah menerima rasuah berjumlah RM4,000, Januari lalu. Hakim Mohd Nasir Nordin memerintahkan Ariffin Md Sharip, 45, menjalani hukuman penjara tambahan enam bulan, jika gagal membayar denda. Mengikut pertuduhan, Ariffin didakwa memperoleh suapan wang tunai RM4,000 daripada Johaidi Muhamad sebagai dorongan tidak mengambil tindakan ke atas dua kereta PROTON Persona dan Wira serta sebuah motosikal Honda Wave walaupun mengesyaki Johaidi memiliki kenderaan itu secara tidak sah di Balai Polis Tengkera, kira-kira jam 6 petang, pada 21 Januari lalu. Dia dituduh mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama. Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-man

Sehati sejiwa bersama SPRM perangi rasuah

SAMBUTAN Hari Antirasuah Antarabangsa 2016 peringkat nasional pada tahun ini menampilkan tema ‘Sehati Sejiwa Memerangi Rasuah’ atau United Against Corruption. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah menetapkan tarikh 9 Disember sebagai Hari Antirasuah Antarabangsa. Tema sambutan kali ini dilihat cukup signifikan kerana mutakhir ini masalah rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa dilihat semakin kritikal dan memerlukan penglibatan semua pihak untuk memeranginya dari peringkat akar umbi lagi. Hakikatnya tugas dan tanggungjawab memerangi rasuah tidak boleh disandarkan pada bahu pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semata-mata. Walaupun memang betul itu adalah tugas hakiki SPRM namun setiap seorang daripada kita juga ada peranan dalam memastikan negara ini bebas sepenuhnya daripada amalan rasuah. Penulis agak tertarik dengan sasaran yang ditetapkan SPRM iaitu memastikan negara ini bebas daripada rasuah dan salah guna kuasa dalam tempoh tiga tahun akan

Tuntut pesalah rasuah serah diri

KOTA BHARU 10 Dis. – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menuntut pesalah rasuah supaya tampil menyerah diri bagi mengelakkan daripada dikenakan hukuman lebih berat melalui rundingan yang berlandaskan undang-undang. Pengarah SPRM negeri, Datuk Moh Samsudin Yusof berkata, pihaknya membuka peluang untuk pertimbangan dari segi hukuman namun berlandaskan undang-undang ditetapkan sekiranya individu yang terlibat dengan jenayah itu bekerjasama dengan SPRM. “Ini adalah pesanan daripada Ketua Pesuruhjaya SPRM sendiri dan saya hanya memanjangkan apa yang dimaklumkan kepada kami. “Apabila mereka ini sedar diri (menyerah), mereka tidak akan mendapat malu kerana tidak ditahan dalam serbuan di rumah atau pejabat. Kita juga tidak akan bising-bising berhubung tangkapan yang pasti akan menjejaskan imej mereka di mata masyarakat,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini. Tuntutan itu disuarakan Moh Samsudin selepas pihaknya mengenal pasti beberapa individ

Sasar bersih rasuah 3 tahun

KUALA LUMPUR 9 Dis. - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) me­nyasarkan tempoh tiga tahun untuk membersihkan tiga sektor kritikal negara daripada amalan rasuah. Ketua Pesuruhjayanya, Datuk Dzulkifli Ahmad berkata, tiga sektor kritikal itu melibatkan perkhid­matan awam iaitu agensi-agensi penguatkuasaan, badan-badan pengawal dan pihak berkuasa tempatan serta negeri, syarikat milik kerajaan (GLC) dan sektor swasta, terutama institusi kewangan serta perbankan. Menurut beliau, fokus dan penekanan turut diberikan kepada tindakan merampas semula harta dan hasil rasuah agar dapat dikembalikan sebagai hasil negara sekali gus melumpuhkan secara keseluruhan punca kepada perilaku jenayah rasuah itu. Katanya, keranca­kan operasi yang di­jalankan SPRM sejak kebe­lakangan ini telah menunjukkan hasil yang membanggakan setelah pengu­atkuasaan dilipatgandakan bermula Ogos lalu bagi memera­ngi gejala rasuah di negara ini. “Melalui tindakan-tindakan yang agresif dari sudut pelaksa­na

There is room for MACC to improve, says Jamidan

Image
PUTRAJAYA: Although the Malay­sian Anti-Corruption Commission’s (MACC) transformation programme has taken it to greater heights, the anti-graft body feels there is still much room for improvement. Deputy Chief Commissioner of Management and Professionalism Datuk Seri Mohd Jamidan Abdullah said areas such as facilities and manpower were still lacking and needed to be enhanced for the commission to be more efficient. “Since undergoing our transformation programme in 2011, the MACC has seen much improvement in its operations and professionalism. “Through upgrading of our facilities and equipment with better technology, we are able to conduct our investigations in a more professional manner. “We have a special operations division which helps us to handle high-profile cases better and our forensics division has better technology, and all of these allows us to combat corruption in the best possible manner. “However, there are still some weaknesses which we hope to

Artis bantu kempen perangi rasuah

Image
TEMERLOH 7 Dis. – Tahap kese­daran atau sikap ambil peduli rakyat negara ini tentang bahaya amalan rasuah perlu dipertingkatkan bagi membina generasi masa hadapan bebas gejala itu yang umpama anai-anai boleh meruntuhkan bangunan. Selebriti tanah air, Zizan Nin berkata, menyedari kesan buruk amalan tersebut, golongan artis turut menyokong Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam menjalankan kempen kesedaran mencegah amalan rasuah dalam kalangan semua lapisan rakyat. Katanya, jika gejala rasuah tidak dikawal ia boleh menjadi wabak yang menjejaskan imej negara di mata masyarakat antarabangsa. “Saya terlibat secara langsung dalam kempen perangi rasuah yang giat dianjurkan SPRM de­ngan berlakon dalam satu episod khidmat pesanan masyarakat (PSA) yang boleh dilayari di laman sosial seperti YouTube. “Episod PSA yang bertajuk Runtuh Institusi Keluarga Kerana Rasuah ini menyampaikan pesa­nan jika pelaku dijatuhkan hukuman akan mencalarkan maruah keluarga terbab

Pemberi maklumat dilindungi Akta 696, Akta 711

PUTRAJAYA : Orang ramai tidak perlu takut untuk tampil mengemukakan aduan berhubung amalan rasuah atau penyalahgunaan kuasa kerana pemberi maklumat akan dilindungi di bawah Akta Perlindungan Saksi 2009 (Akta 696) dan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711). Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim berkata ramai memilih berdiam diri walaupun menyedari berlakunya perlakuan yang tidak wajar dan menyalahi undang-undang di tempat kerja kerana khuathir keselamatan diri atau dikenakan tindakan tatatertib, ditahan atau dibuang kerja. "Kita memberi jaminan bahawa akta-akta ini diwujudkan dan boleh digunakan mana-mana rakyat Malaysia yang ingin mendedahkan dan mengemukakan maklumat berhubung amalan rasuah atau penyalahgunaan kuasa. "Rakyat harus berani dan tidak perlu khuatir jika kedudukan mereka terjejas. Perlindungan sewajarnya akan diberikan kepada mereka. Kita perlukan orang yang berani bersama-sama menjayakan matlamat untuk memerangi rasuah dan

SPRM yakin pulih 80% keyakinan rakyat dalam tempoh setahun

TEMERLOH: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yakin mampu meraih tahap 80% keyakinan rakyat negara ini terhadap keberkesanan fungsi suruhanjaya itu memerangi amalan rasuah seawal-awalnya tahun depan. Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) (SPRM) Datuk Shamsun Baharin Mohd Jamil berkata, ia dijangka mampu dicapai lebih awal berbanding sasaran sebelum ini berikutan usaha berterusan suruhanjaya itu memerangi rasuah tanpa mengira pangkat dan kedudukan. “Kalau lihat dari segi keyakinan masyarakat terhadap SPRM ada peningkatan iaitu daripada 65.8% pada tahun lepas kepada 73% pada tahun ini. “Ini merupakan peningkatan yang baik dan kita yakin mampu melepasi tahap 80% piawaian antarabangsa keyakinan masyarakat terhadap agensi pembanterasan rasuah. “Kita harap dapat capai secepat mungkin, mungkin dalam tempoh setahun lagi,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Kempen Kesedaran Pencegahan Rasuah peringkat Zon Timur di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Temerloh A

Jelajah seluruh Sabah sebar kempen anti dadah, sampah, rasuah

KOTA KINABALU 6 Dis. - Kesedaran terhadap usaha mencegah penggunaan dadah, membanteras aktiviti rasuah dan menjaga kebersihan memberi inspirasi kepada tujuh peserta untuk berkayuh ke seluruh negeri bagi membawa mesej berkenaan. Program julung kalinya diadakan itu dianjurkan bersama Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah dan Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) Sabah. Acara pelepasan disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Jainab Ahmad pada pukul 9 pagi ini di pekarangan bangunan DBKK. Yang turut hadir ialah Datuk Bandar Kota Kinabalu, Datuk Yeo Boon Hai dan Pengarah SPRM Sabah, Datuk Shahrom Nizam Abdul Manap. Seorang peserta Valens Victor, 19, berkata, mereka akan menjelajah ke seluruh negeri dengan berbasikal selama 11 hari sehingga 16 Disember ini. Apa yang penting misi kami adalah untuk menyampaikan kesedaran kepada orang ramai di negeri ini mengenai kemudaratan gej

Unit integriti diiktiraf UNCAC

Melaka: Langkah kerajaan mewujudkan unit integriti dan melaksanakan ikrar integriti korporat diiktiraf Konvensyen memerangi Rasuah Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCAC). Ketua Penolong Kanan Pesuruhaya SPRM Abdul Samat Kasah berkata, UNCAC menganggap tindakan diambil kerajaan itu sebagai langkah amalan terbaik (best practice) yang kini dipanjangkan dan disebar luas kepada negara anggota. Abdul Samat ketika ditemui pada program mesra rakyat "Melaka Car Free Zone" di perkarangan Menara Taming Sari, Bandar Hilir, di sini, berkata, pengiktirafan dari UNCAC itu sekali gus menafikan persepsi rasuah di negara ini pada tahap yang buruk, apabila pada tahun lalu indeks persepsi rasuah (CPI) negara ini mencapai skor 50 peratus, iaitu berada pada ranking 54 daripada 168 negara. Beliau berkata, skor CPI yang diperoleh itu berdasarkan persepsi semata-mata dan bukan hasil dari kajian yang dijalankan menjurus kepada kes rasuah di negara ini. http://www.hmetro.com.my/node/186701