Unit integriti diiktiraf UNCAC

Melaka: Langkah kerajaan mewujudkan unit integriti dan melaksanakan ikrar integriti korporat diiktiraf Konvensyen memerangi Rasuah Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCAC).
Ketua Penolong Kanan Pesuruhaya SPRM Abdul Samat Kasah berkata, UNCAC menganggap tindakan diambil kerajaan itu sebagai langkah amalan terbaik (best practice) yang kini dipanjangkan dan disebar luas kepada negara anggota.
Abdul Samat ketika ditemui pada program mesra rakyat "Melaka Car Free Zone" di perkarangan Menara Taming Sari, Bandar Hilir, di sini, berkata, pengiktirafan dari UNCAC itu sekali gus menafikan persepsi rasuah di negara ini pada tahap yang buruk, apabila pada tahun lalu indeks persepsi rasuah (CPI) negara ini mencapai skor 50 peratus, iaitu berada pada ranking 54 daripada 168 negara.
Beliau berkata, skor CPI yang diperoleh itu berdasarkan persepsi semata-mata dan bukan hasil dari kajian yang dijalankan menjurus kepada kes rasuah di negara ini.

Comments

Popular posts from this blog

Ibu Pejabat SPRM ikonik baharu Putrajaya

Penolong arkitek UiTM didenda kes rasuah

Beri suapan RM1,100 untuk tukar sampel air kencing kepada air paip