Artis bantu kempen perangi rasuah



TEMERLOH 7 Dis. – Tahap kese­daran atau sikap ambil peduli rakyat negara ini tentang bahaya amalan rasuah perlu dipertingkatkan bagi membina generasi masa hadapan bebas gejala itu yang umpama anai-anai boleh meruntuhkan bangunan.

Selebriti tanah air, Zizan Nin berkata, menyedari kesan buruk amalan tersebut, golongan artis turut menyokong Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam menjalankan kempen kesedaran mencegah amalan rasuah dalam kalangan semua lapisan rakyat.

Katanya, jika gejala rasuah tidak dikawal ia boleh menjadi wabak yang menjejaskan imej negara di mata masyarakat antarabangsa.

“Saya terlibat secara langsung dalam kempen perangi rasuah yang giat dianjurkan SPRM de­ngan berlakon dalam satu episod khidmat pesanan masyarakat (PSA) yang boleh dilayari di laman sosial seperti YouTube.

“Episod PSA yang bertajuk Runtuh Institusi Keluarga Kerana Rasuah ini menyampaikan pesa­nan jika pelaku dijatuhkan hukuman akan mencalarkan maruah keluarga terbabit,” katanya ketika menyampaikan ceramah sempena Kempen Kesedaran Pencegahan Rasuah peringkat Zon Timur di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Temerloh, Lebuhraya Pantai Timur, di sini, semalam.

http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/artis-bantu-kempen-perangi-rasuah-1.417492#sthash.oSTuGmlZ.dpuf

Comments

Popular posts from this blog

Ibu Pejabat SPRM ikonik baharu Putrajaya

Penolong arkitek UiTM didenda kes rasuah

Beri suapan RM1,100 untuk tukar sampel air kencing kepada air paip