Henti Golf- SPRM
Dalam wawancara khas eksklusif Mingguan Malaysia, KP SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad memberi amaran kepada penjawat awam khususnya pengurusan tertinggi yang bermain golf di luar negara kerana SPRM sudah ada maklumat berhubung pergerakan dan aktiviti mereka.
Katanya, walaupun mereka pergi dengan wang sendiri namun perbelanjaan lain setibanya di negara tersebut ditanggung oleh pihak tertentu yang mempunyai kepentingan.
Tambahnya, usaha membanteras rasuah akan terus dipertingkatkan tahun ini dan menegaskan perbuatan penjawat awam terlibat dalam rasuah merupakan pengkhianatan kepada rakyat dan negara.
Beliau turut berkata, pada tahun 2017 ini, SPRM akan melipatgandakan aktiviti merakyatkan SPRM melalui program pencegahan dan pendidikan masyarakat serta menggandakan tindakan operasi dan penguatkuasaan bagi memerangi rasuah serta salah guna kuasa.
Comments
Post a Comment