SPRM bantu tangani kelemahan pengurusan kewangan JAINJ
KUALA LUMPUR : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan bekerjasama dengan kerajaan Johor bagi mengkaji kelemahan yang terdapat dalam sistem dan prosedur tatacara pengurusan kewangan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ). Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki berkata kerjasama itu penting untuk melakar prosedur operasi standard JAINJ khususnya dalam pengurusan kewangan agar ketirisan dapat dielakkan pada masa akan datang. "Saya percaya ia dapat menutup ruang dan peluang daripada berlakunya ketidakpatuhan dalam pengurusan kewangan. "Selain itu, bahagian pemeriksaan dan perundingan SPRM Johor akan berbincang dengan Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor bagi mengkaji kelemahan sistem dan prosedur berhubung sistem dan prosedur tatacara pengurusan kewangan JAINJ," katanya. Beliau berkata demikian kepada Bernama ketika diminta mengulas tangkapan empat pegawai agama oleh SPRM Johor baru-baru ini kerana dipercayai terbabit dalam rasuah dan salah guna