KENYATAAN MEDIA RASMI SPRM: KERAJAAN NEGERI KEDAH TANDATANGANI IBR

Kerajaan Negeri Kedah hari ini mengambil langkah ke hadapan sebagai negeri pertama di Semenanjung menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) atau Corruption Free Pledge yang diperkenalkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri DiRaja Ahmad Bashah mendahului penandatangan IBR tersebut dan diikuti oleh lapan Exco Kerajaan Negeri Kedah serta tiga ex-officio Kerajaan Negeri Kedah.
Majlis menandatangani IBR itu turut disaksikan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad.
Inisiatif ini sekali gus memperlihatkan kesungguhan Kerajaan Negeri Kedah bagi memastikan pentadbirannya dilaksanakan dengan lebih telus serta bebas daripada sebarang gejala rasuah dan salah guna kuasa.
IBR merupakan satu usaha yang menekankan kepada ikrar dan janji dalam kapasiti sebagai individu oleh mereka yang terlibat bagi menjunjung tanggungjawab untuk menghindari diri daripada terlibat dengan sebarang gejala rasuah dan salah guna kuasa sepanjang melaksanakan tugas.
SPRM berharap inisiatif ini dapat memelihara dan meningkatkan keyakinan rakyat terhadap SPRM dan Kerajaan Negeri Kedah dalam usaha berterusan untuk memerangi jenayah rasuah dan salah guna kuasa.

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
KEDAH
16 FEBRUARI 2017

Comments

Popular posts from this blog

Ibu Pejabat SPRM ikonik baharu Putrajaya

Penolong arkitek UiTM didenda kes rasuah

Beri suapan RM1,100 untuk tukar sampel air kencing kepada air paip