SPRM kaji tapis penerima gelaran darjah kebesaran

Kajang: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mengkaji keperluan sama ada perlu tapisan daripada pihaknya ke atas semua penerima gelaran darjah tertinggi di negara ini.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad berkata, buat masa sekarang, tapisan akan dibuat jika ada permohonan dari pihak yang mengeluarkan darjah gelaran itu.
Ditanya mengenai penahanan tujuh ahli kongsi gelap yang memiliki gelaran Datuk dan Datuk Seri oleh Polis Diraja Malaysia baru-baru ini, Dzulkifli berkata, pihaknya perlu buat kajian sama ada perlu tapisan SPRM sebelum setiap calon dianugerahkan gelaran darjah tertinggi.
Beliau sebelum itu mengadakan lawatan mengejut ke tiga cawangan agensi kerajaan di Hentian Kajang, Jalan Reko bermula jam 9 pagi tadi.
Menurutnya, ia susulan lawatannya ke beberapa lokasi tumpuan awam pada Disember lalu.
"Saya sudah mengarahkan semua pengarah negeri untuk mengadakan lawatan mengejut secara berterusan bagi mendekatkan lagi pegawai SPRM dengan orang ramai dalam usaha untuk memperoleh lebih banyak maklumat salah guna kuasa dan unsur rasuah dalam kalangan penjawat awam, " katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Ibu Pejabat SPRM ikonik baharu Putrajaya

Penolong arkitek UiTM didenda kes rasuah

Beri suapan RM1,100 untuk tukar sampel air kencing kepada air paip