Posts

Showing posts from January, 2019

Jual ijazah palsu: Eksekutif jualan didakwa lagi

KUALA LUMPUR 31 Jan. - Seorang eksekutif jualan dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menerima rasuah sebagai upah mendapatkan sijil Ijazah Sarjana Muda sebuah universiti swasta tanpa mengikut prosedur yang betul tahun lalu. C. Vijayakumar, 34, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya selesai dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi. Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa telah secara rasuah menerima suatu suapan wang tunai sebanyak RM11,000 daripada Mohd. Izham Mohd. Hashim, 38, sebagai upah untuk mendapatkan sijil Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) daripada Universiti Multimedia (MMU) atas nama Mohd. Amzar Hashim tanpa mengikut prosedur yang betul. Perbuatan itu didakwa dilakukan di dalam sebuah kereta jenis Alza warna biru di hadapan Pusat Jualan Cosway, Suppiah Pillay Off, 3rd Miles Jalan Ipoh di sini pada pukul 4.22 petang, 15 April tahun lalu. Pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 16 (a)(A)

'Integrity, political will key to tackling corruption'

KUALA LUMPUR: The government must address issues pertaining to integrity to fight corruption, says Transparency International-Malaysia president Datuk Akhbar Satar. “Sometimes, you can have the best plan, drafted by experts, but if those who are in charge of procurement or financial related activities have no integrity, there is no point in having the best plan,” he said today. “I have always pointed out that we must address the issue of integrity first. If we can rectify the integrity problem, we do not need a complicated plan.” From 2013 to May last year, Akhbar said 55.2 per cent of corruption convictions involved young adults. He said a scientific study was needed to identify the root cause of the integrity problem; whether it was parenting, upbringing, social economy or education. He lauded the National Anti-Corruption Plan (NACP), but said its implementation was more crucial. He said the previous government had implemented various plans to eradicate corruption, and ye

Bekas penolong jurutera didenda RM326,700, penjara 24 bulan

KUANTAN: Seorang bekas penolong jurutera dihukum denda RM326,700 dan penjara 24 bulan selepas didapati bersalah menandatangani borang perakuan kerja sudah disiapkan walaupun kerja berkenaan masih berjalan. Hukuman itu diputuskan, Hakim Mohd Ghazali Mohamad Taib di Mahkamah Sesyen Kuantan, di sini, pagi tadi. Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh, Mohd Azly Kamarudin, 33, dikatakan melakukan kesalahan itu pada 20 Disember 2016 di Pejabat Tanah dan Daerah Rompin dengan niat mengelirukan majikan menandatangani dokumen pengakuan pengesahan kerja sudah disiapkan bagi kerja pembinaan surau serta kerja berkaitan di perumahan Pontian Jaya, Kuala Rompin, bernilai RM65,340. Pendakwaan mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dilakukan Mohamad Fadhly Mohd Zamry, manakala tertuduh diwakili peguambela, T. Mura Raju. Kes itu mula dibicarakan pada 28 Ogos 2017 dan seramai 18 saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan sepanjang proses perbicaraan berjalan. Se

Eksekutif didakwa 'jual' ijazah

EKSEKUTIF jualan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam, hari ini, atas dua pertuduhan rasuah berkaitan pemalsuan sijil Ijazah Sarjana Muda sebuah universiti swasta, tahun lalu. Tertuduh, C Vijayakumar, 34, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd Sabri Ismail. Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa meminta rasuah berjumlah RM12,500 daripada Mohd Izham Mohd Hashim, 38, sebagai upah mendapatkan sijil Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) di Universiti Multimedia (MMU) atas nama Mohd Amzar Hashim tanpa mengikut prosedur yang betul. Bagi pertuduhan kedua, tertuduh yang bukan kakitangan universiti itu turut didakwa menerima suapan RM1,500 daripada Mohd Izham bagi tujuan sama. Kedua-dua perbuatan itu dilakukan di sekitar Bangi dan Cyberjaya, masing-masing pada 25 Januari dan 6 April tahun lalu. Vijayakumar didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 16 (a) (A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 ya

Kedudukan Malaysia dalam indeks rasuah meningkat

Laporan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2018 menunjukkan Malaysia kekal mendapat 47 mata, namun kedudukan negara sedikit meningkat berbanding 2017. Menurut pertubuhan Transparency International (TI) hari ini berbanding 180 negara, kedudukan terbaru Malaysia ialah di tempat ke-61. Tahun lalu Malaysia diletakkan pada kedudukan tempat ke-62. Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Akhbar Satar, kedudukan itu ditentukan oleh prestasi keseluruhan ditunjukkan sesebuah negara. Katanya daripada 180 negara , Denmark berada di tempat pertama dengan 88 mata, diikuti New Zealand (87), Finland (85), Sweden (85) dan Norway (84). Menurut Akhbar berdasarkan keadaan semasa, jika kerajaan PH benar-benar mahu membuktikan mereka menolak amalan rasuah, jalan untuk itu sedang terbuka. Namun katanya matlamat itu tidak dapat dicapai dengan hanya menyerahkan tugas memerangi rasuah kepada agensi seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semata-mata. "Ahli politik juga m

SPRM TIDAK HANTAR SURAT TUTUP KES

Image
KENYATAAN MEDIA SPRM SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ingin menegaskan suruhanjaya ini tidak pernah menghubungi mana-mana pihak menerusi surat bagi menutup sebarang kes rasuah. Ini berikutan SPRM telah menerima banyak aduan daripada orang awam yang terpedaya dengan surat palsu tersebut sejak kebelakangan ini. Sehubungan itu, orang ramai yang menerima sebarang surat yang meragukan dinasihatkan untuk mendapatkan pengesahan daripada mana-mana pejabat SPRM terdekat menerusi talian 1-800-88-6000 dan alamat yang dipaparkan di portal rasmi www.sprm.gov.my. SPRM juga berharap orang ramai lebih peka dan berkongsi maklumat ini bersama masyarakat di sekeliling supaya tidak terpedaya dengan surat palsu tersebut. DATUK SERI AZAM BAKI TIMBALAN KETUA PESURUHJAYA (OPERASI) SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA PUTRAJAYA 29 JANUARI 2019

Najib dituduh lagi di mahkamah

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak didakwa di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, atas tiga lagi pertuduhan membabitkan pengubahan wang haram berjumlah RM47 juta. Najib, 66, mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali ketika kes ditetapkan untuk sebutan semula. Terdahulu, Najib yang hadir ke mahkamah memakai kemeja putih dan kot biru.Berdasarkan semua pertuduhan, Najib didakwa membabitkan diri dalam pengubahan wang haram dengan menerima wang berjumlah keseluruhan RM47 juta, hasil aktiviti wang haram melalui tiga akaun AmPrivate Banking miliknya di AmIslamic Bank Berhad, Bangunan Ambank Group, Nombor 55, Jalan Raja Chulan, di ibu kota, pada 8 Julai 2014. Pendakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (Akta 613), yang boleh dihukum penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya. Terda

9 punca rasuah dikenal pasti

KUALA LUMPUR: Analisis lebih 20,000 maklumat berkaitan rasuah diterima Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) antara 2013 hingga 2018 mengenal pasti sembilan punca rasuah dengan 80 peratus daripadanya disebabkan kegagalan pentadbiran, konflik kepentingan, kelemahan kawalan dalaman dan ketidakpatuhan serta kurang ketelusan. Laporan Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023 turut mendedahkan punca rasuah berlaku ekoran kurang sokongan dan kesedaran rasuah, kerenah birokrasi, kurang pengesanan awal, kurang usaha mencegah rasuah dan kelemahan penguatkuasaan. Bagi punca kelemahan pentadbiran ekoran manipulasi terhadap sistem dan prosedur menjadi punca rasuah tertinggi mencecah 36 peratus, manakala konflik kepentingan membabitkan kuasa budi bicara, kuasa mutlak dan campur tangan politik pula 33.12 peratus. “Semua punca utama penyebab rasuah terbabit kini diambil kira dalam membangunkan strategi dan inisiatif pelan berkenaan dengan 22 inisiatif daripada 115 inisiatif dikenal pas

NACP dilancarkan sebagai pelan peringatan, amaran berkaitan rasuah

PUTRAJAYA: Pelan Anti Rasuah Nasional (NACP) 2019-2023 diperkenalkan bagi memberi peringatan dan amaran kepada semua Pemimpin sekarang dan masa depan termasuk perdana menteri dan menteri. Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata pelan itu juga menjelaskan bahawa rakyat Malaysia tidak akan menerima amalan rasuah kerana ia satu amalan keji dan menjijikkan. “Pelan ini juga satu pernyataan yang tegas dari kerajaan sekarang, iaitu pesalah yang lalu telah dan sedang kita kejar dan akan kita hukum, manakala perasuah sekarang dan masa depan akan berdepan dengan tindakan yang lebih tegas. “Ia satu bukti bahawa tindakan yang kita ambil terhadap perasuah yang lalu bukanlah satu tindakan berlandaskan dendam atau benci. “Ia juga satu tindakan yang diambil kerana kerosakan yang mereka lakukan kepada negara amat besar dan tidak boleh dibiarkan supaya sesiapa yang merancang untuk melakukan rasuah tidak akan dibiarkan terlepas dan hukumannya adalah lebih berat dan tegas,” katanya ketik

Penjawat awam berisiko tinggi terlibat rasuah

PUTRAJAYA 29 Jan.- Penjawat awam adalah golongan berisiko tinggi terlibat dalam gejala rasuah apabila 40 peratus pesalah rasuah yang ditahan sepanjang 2011 hingga 2015 terdiri dalam kalangan kumpulan itu. Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr. Ismail Bakar berkata, ia khususnya bagi mereka yang terlibat dalam pelaksanaan dan perolehan kerajaan. Katanya lagi, kajian Persepsi Integriti Nasional pula mendedahkan kakitangan kerajaan juga kurang kefahaman mengenai rasuah khususnya berkaitan 10 kesalahan seperti terkandung dalam Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009. "Rasuah merupakan satu isu negara yang perlu ditangani secara sistematik dan menyeluruh kerana sikap berkenaan boleh menyebabkan berlakunya peningkatan jumlah kos modal dan pembangunan. "Sebab itu kita sangat mengalu-alukan pelancaran Pelan Antirasuah Nasional (NACP) dan diharapkan menerusi pelaksanaannya, imej dan kualiti perkhidmatan awam dapat dimantapkan", katanya ketika berucap dala

NACP beri penekanan enam bidang keutamaan cenderung rasuah - Tun M

PUTRAJAYA: Pelan Antirasuah Nasional 2019-2023 (NACP) memberi penekanan kepada enam bidang keutamaan yang cenderung kepada rasuah. Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, bidang-bidang tersebut adalah perolehan awam, penguatkuasaan undang-undang, tadbir urus politik, tadbir urus korporat, pentadbiran sektor awam serta bidang perundangan dan kehakiman. "Enam bidang utama ini sekiranya tidak ditangani, masalah rasuah dalam negara akan menjadi lebih parah daripada apa yang telah kita lihat sebelum ini. "Kerana itu kita menekankan pelaksanaan enam strategi untuk enam bidang keutamaan ini, pertama sekali ialah mempertingkatkan keberkesanan dan ketelusan dalam perolehan kerajaan; kedua, menginstitusikan kredibiliti agensi penguatkuasaan undang-undang; ketiga, memperkukuh akauntabiliti dan integriti politik. "Keempat, memupuk tadbir urus baik dalam entiti korporat; kelima, memperkukuh kecekapan penyampaian perkhidmatan dan yang keenam, mempertingkatkan kredibi

Suara Malaysia tolak rasuah lantang di Vienna

SUARA Malaysia bergema lagi di pentas antarabangsa apabila rasuah yang begitu membelenggu, diketengahkan dengan harapan dunia bersatu memeranginya. Ia selepas kurang tiga bulan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-73, di New York Oktober tahun lalu, apabila Tun Dr Mahathir Mohamad kembali menyuarakan penentangannya terhadap gejala korupsi. Kali ini Perdana Menteri memilih Vienna, Austria – satu daripada empat destinasi pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Dalam nada hampir sama, pemimpin yang sentiasa konsisten menentang rasuah dan memperjuangkan integriti ini membentangkan pengalaman Malaysia melalui ‘tempoh gelap’ dipimpin Perdana Menteri yang dipalit rasuah, salah laku dan skandal kewangan. Di depan delegasi 140 negara anggota Persidangan Agung dan Mesyuarat Tahunan ke-10 Persatuan Pihak Berkuasa-Anti Rasuah Antarabangsa (IAACA), penegasannya cukup jelas. Malaysia tidak mahu lagi dikenali negara korup. Memberi contoh yang mana sejumlah besar

Bekas ADUN didakwa kemuka tuntutan palsu

SHAH ALAM: Seorang bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dua pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu berjumlah RM33,380 bagi program kemasyarakatan, empat tahun lalu. Tertuduh, Loh Chee Heng, 41, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Mohd Sabri Ismail. Mengikut pertuduhan pertama, dia yang ketika itu ADUN Telok Datok, didakwa menggunakan dokumen Kelulusan Pengeluaran Peruntukkan dan Kertas Kerja mengenai program Sambutan Hari Guru Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Datok yang mengandungi butiran palsu iaitu permohonan pengeluaran peruntukkan RM13,380 bagi program yang tidak dilaksanakan itu. Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa menggunakan dokumen sama mengenai program Pesta Tang Lung Tahun 2015 yang membabitkan permohonan peruntukkan RM20,000. Kedua-dua perbuatan itu dilakukan di Pejabat Daerah Kuala Langat, Kuala Langat pada 8 Jun dan 23 September 2015. Just

Beri projek kepada sepupu, penjawat awam didakwa

SANDAKAN: Seorang bekas pegawai kebajikan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, hari ini, atas tuduhan menggunakan jawatan bagi mendapatkan suapan dengan mencadangkan syarikat dimiliki sepupunya untuk projek pembekalan bantuan. Kasrin Atchil, 57, yang ditahan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sandakan, pada jam 10.15 pagi semalam, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu yang dibacakan di hadapan Hakim Abu Bakar Manat dan minta dibicarakan. Mengikut kertas pertuduhan, Kasrin dituduh melakukan kesalahan itu ketika bertugas sebagai Pegawai Kebajikan Daerah Kinabatangan pada 29 Januari 2016, antara jam 2.30 hingga jam 4.15 petang di bilik mesyuarat Pejabat Daerah Kinabatangan. Dia dituduh mengambil tindakan mencadangkan kepada Jawatankuasa Kanak-Kanak Kekurangan Zat Makanan (KZM) untuk menjadikan Syarikat Usaha Garunai Contractor sebagai pembekal bagi menyalurkan pembekalan bantuan melalui program KZM daerah Kinabatangan dengan nilai RM45,000. Syarikat terbabit d

SPRM KESAN SAKSI BANTU PERBICARAAN

Image
SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Pahang sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu perbicaraan kes SPRM. Lelaki tersebut, Yew Joo Sim, 48, mempunyai alamat terakhir di No.22, Taman Lipis Baru, 27200 Kuala Lipis, Pahang. Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lelaki tersebut diminta menghubungi Penolong Penguasa Muhammad Saleh Hashim di talian 013-611 5821. SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA  PUTRAJAYA  25 JANUARI 2019

SPRM perlu diberi kebebasan menyiasat, mendakwa

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu diberi kebebasan dan ruang secukupnya ketika menjalankan proses penguatkuasaan dan pendakwaan membabitkan individu terjebak dengan amalan rasuah. Bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed, berkata ia penting bagi memastikan tiada unsur berat sebelah atau menimbulkan sebarang kesangsian terhadap kes dikendalikan SPRM. “Alhamdulillah, ketika mula-mula menjadi Ketua Pesuruhjaya SPRM, saya menekankan terhadap aspek kebebasan dalam proses penguatkuasaan dan pendakwaan kes rasuah. “Dalam hal ini, kalau bebas menyiasat tapi tak bebas mendakwa pun susah juga. “Saya percaya semua perkara berbangkit sudah diberi perhatian dan akan diperkukuhkan dari masa ke semasa,” katanya pada segmen Ruang Bicara Bernama News Channel (BNC), malam ini. Mengulas perkembangan berkaitan, Abu Kassim yang juga Ketua Pengarah Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah (GIACC), berkata Pelan Anti Rasuah Nasional (NACP) 2019-2023

Penolong pegawai kesihatan didakwa salah guna kuasa

Seorang penjawat awam didenda RM75,000 dan penjara tiga bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini sebentar tadi atas 21 pertuduhan salah guna kuasa melantik iparnya untuk membekalkan perkhidmatan dan bekalan melibatkan jumlah RM49,155 antara 2016 hingga tahun lalu. Hakim Kamarudin Kamsun menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Mohd. Razali Mat Akhir, 40, yang merupakan penolong pegawai kesihatan persekitaran di Pejabat Kesihatan Segamat,  mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan. Mengikut kertas pertuduhan, lelaki itu didakwa menggunakan kedudukannya melantik kakak dan abang iparnya untuk beberapa perolehan, perkhidmatan dan bekalan melibatkan program anjuran pejabat kesihatan di sekitar daerah Segamat membabitkan jumlah keseluruhan RM49,155. Dia dituduh melakukan perbuatan itu di Pejabat Kesihatan Daerah Segamat antara 23 Jun 2016 hingga 8 November 2017. Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dih

Azeez Rahim, abang mengaku tidak bersalah tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram

Image
                               KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM5.2 juta berhubung projek jalan raya di Perak dan Kedah dan sembilan pertuduhan pengubahan wang haram hampir RM140 juta, sejak 2010. Abdul Azeez, 53, mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa secara berasingan di hadapan Hakim Azura Alwi dan Rozina Ayob. Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu didakwa atas tiga tuduhan menerima rasuah berjumlah RM5.2 juta daripada Pengarah Syarikat Menuju Asas Sdn Bhd, Mohammad Redzuan Mohanan Abdullah, sebagai upah membantu syarikat itu mendapatkan projek-projek pembinaan jalan raya di Perak dan Kedah antara 8 Disember 2010 dan 10 April 2018. Dia didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama yang m

K'jaan mesti beritahu rakyat usaha perangi rasuah - Abu Kassim

Kerajaan Pakatan Harapan (PH) perlu memaklumkan kepada rakyat dengan lebih berkesan mengenai usahanya dalam memerangi rasuah, kata Ketua Pengarah Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC). Abu Kassim Mohamed berkata pentadbiran baru kini mempunyai niat yang serius untuk membanteras rasuah, tetapi kurang usaha dalam mempromosikannya. "Buat masa ini agak berbeza, saya melalui (masa) agak panjang melihat perubahan-perubahan kerajaan lepas dan kerajaan baru. "Saya lihat mereka punyai niat yang serius untuk menangani isu rasuah, integriti dan governance (urus tadbir) sebab itulah mereka dapat memegang tampuk pemerintahan sekarang "Isunya sekarang ialah mesti diberitahu kepada rakyat," katanya kepada Malaysiakini semasa wawancara mengenai Pelan Anti Rasuah Nasional (NACP) pada Isnin lalu. Abu Kassim, yang pernah mengetuai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ditanya mengenai komitmen kerajaan dalam menangani isu rasuah di Ma

Wanita didakwa palsu dokumen, pecah amanah barang kemas bernilai RM494,554

KOTA BHARU: Seorang bekas eksekutif pajak gadai sebuah syarikat kewangan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap 31 tuduhan memalsukan dokumen dan pecah amanah barang kemas bernilai RM494,554, tiga tahun lalu. Tertuduh, Natasya Mohd Zahid, 31, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap semua tuduhan di hadapan Hakim Zaman Mohd Noor. Mengikut pertuduhan pertama hingga ke 15, tertuduh didakwa memperdaya Ketua Kedai Ar Rahnu X’Change, Norhafizah Hanom Mohd Ab Halim, dengan mengemukakan dokumen mengandungi butiran palsu untuk kelulusan pinjaman gadaian barang kemas keseluruhan berjumlah RM204,410. Kesalahan dilakukan di Kedai Ar Rahnu X’Change di Jalan Kebun Sultan di sini pada Mei hingga Oktober 2016. Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan dihukum di bawah Subseksyen 24 (2) akta sama yang membawa hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima ganda nilai butiran palsu atau RM10,000 mengik

ABDUL AZEEZ DAN ABDUL LATIF DITAHAN UNTUK PENDAKWAAN

Image
SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini telah menahan Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim bersama abangnya, Datuk Abdul Latif Abdul Rahim berhubung siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram setelah SPRM mendapat izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara. Kedua-duanya ditahan pada jam 4.30 petang ketika hadir ke Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya. Susulan itu, kedua-duanya akan dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 16 Januari 2019, jam 9.00 pagi mengikut Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001. SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA PUTRAJAYA 15 JANUARI 2019

SIASATAN SPRM TIDAK HALANG PEMBEKALAN BAJU KALIS API BOMBA

Image
SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan telah melakukan siasatan berhubung pembekalan baju kalis api oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bagi tahun 2016 seperti yang dilaporkan oleh sebuah akhbar tempatan hari ini. Ketika ini, proses siasatan hampir selesai. SPRM hanya menunggu keterangan daripada United Kingdom yang dipohon melalui Bantuan Perundangan Bersama (MLA). SPRM telah menghantar contoh baju kalis api yang dibekalkan oleh kontraktor ini kepada Jabatan Kimia dan mengesahkan baju ini tidak selamat digunakan kerana tidak mengikut standard yang telah ditetapkan oleh JBPM. SPRM ingin menegaskan bahawa siasatan yang dijalankan oleh SPRM tidak menghalang atau menyekat perolehan atau pembelian oleh JBPM. Sekiranya timbul sebarang keraguan berhubung isu ini, JBPM boleh menghubungi SPRM. SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA PUTRAJAYA 15 JANUARI 2019

Seimbangkan kenaikan harga air dengan kualiti perkhidmatan

Oleh Datuk Seri Azam Baki Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ISU kenaikan harga air di beberapa negeri hangat diperkatakan di media massa kebelakangan ini. Sudah tentu kenaikan ini mendapat bantahan masyarakat kerana bakal mencetus fenomena lain-lain kenaikan seperti harga barangan. Namun apa yang menjadi persoalan penting ialah mutu perkhidmatan bekalan air itu sendiri. Adakah ia lebih cekap dan kualiti air yang sampai kepada pengguna selamat digunakan atau sejauh mana perkhidmatan bekalan air bersih ini dapat dikecapi oleh penduduk yang tinggal di perkampungan terpencil. Walaupun negara bakal menerjah tahun 2020 sebagai sebuah negara maju, namun masih terdapat kawasan-kawasan pedalaman yang belum memperoleh bekalan air bersih, paip air yang telah usang dan berkarat, kualiti air yang dipertikaikan dan sebagainya. Harga air yang naik wajar diseimbangi dengan kualiti serta mutu perkhidmatan yang baik. Jangan

1,356 agensi, syarikat swasta tandatangani IBR sepanjang 2018

KUALA LUMPUR, 9 JAN: Sebanyak 1,356 agensi dan syarikat swasta menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di seluruh negara sepanjang 2018. Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM, Tuan Ruslan Tuan Mat berkata, ia termasuk 55 syarikat swasta yang menandatangani IBR sebagai satu inisiatif menolak gejala rasuah dan salah guna kuasa. “Tahun ini, kami (SPRM) akan giatkan lagi, menyeru agar lebih banyak lagi agensi-agensi swasta untuk menandatangani IBR, sebab kami tahu bahawa agensi swasta ini membabitkan kelompok yang besar dari segi kewangan, termasuk juga syarikat berkaitan kerajaan (GLC),” katanya. Beliau berkata demikian selepas majlis lafaz dan menandatangani IBR oleh Persatuan Pemfaktor Malaysia (MFA) bersama SPRM, hari ini. Beliau berkata, mengikut peruntukan baharu di bawah Seksyen 17 a Akta SPRM 2009, setiap agensi perlu mengambil inisiatif pencegahan rasuah masing-masing dalam setiap syarikat-syarikat yang didaftar

Makan suap RM25,000 daripada lelaki Bangladesh

AHLI perniagaan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM25,000 daripada lelaki Bangladesh berhubung kesalahan imigresen, dua tahun lalu. Tertuduh Mohamad Tahir Fazal Mohd, 57, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik saja pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azman Ahmad. Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa secara rasuah meminta daripada Monomiah suapan wang tunai RM20,000 sebagai dorongan untuk tidak melaporkan kepada pihak imigresen, kesalahan yang dilakukan oleh syarikat milik Monomiah, Dyna Maintenance Services Sdn Bhd yang membawa masuk pekerja asing dengan menggunakan kelayakan profesional untuk bekerja sebagai buruh. Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 16 (a)(B), Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana

PRK Cameron Highlands: SPRM letak pegawai di 'kawasan-kawasan panas'

PUTRAJAYA 9 Jan. - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan meletakkan pegawai dan anggota di 'kawasan-kawasan panas' untuk membanteras kegiatan membeli undi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands. Sekiranya aktiviti kempen sedemikian berlaku dan disabitkan dengan kesalahan, tegas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), Azhar Azizan Harun, maka tindakan tegas boleh diambil selaras dengan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954. "SPR menyeru agar setiap calon atau parti politik yang bertanding tidak melaksanakan aktiviti kempen yang boleh melanggar undang-undang dan peraturan pilihan raya. "Aktiviti-aktiviti ini adalah seperti aktiviti penjamuan, pemberian hadiah dan barangan, penggunaan kemudahan dan aset kerajaan, program kerajaan serta aktiviti kempen yang berunsurkan perkauman serta menyentuh sensitiviti agama," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE http://m.utusan.com.my/berita/politik/prk-came

Bekas CEO didakwa terima rasuah bina banglo

IPOH 10 Jan. - Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Perak Corporation Berhad (PCB), Datuk Aminuddin Md Desa dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menerima rasuah bagi kerja-kerja pembinaan rumah banglonya berjumlah RM455,660, dua tahun lalu. Aminuddin, 57, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan kepadanya di hadapan Hakim S. Indra Nehru. Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah menerima suatu benda berharga iaitu pembayaran bagi kerja-kerja pembinaan rumah banglo tersebut di Lot PT2144059 Mukim Hulu Kinta, Ipoh dengan tiada balasan daripada Chua Kim Weng iaitu Pengarah Uni-poh Construction Works Sdn. Bhd., yang mana diketahui mempunyai hubungan dengan tugas rasmi dijalankan melibatkan kontrak cadangan kerja-kerja infrastruktur utama serta lain-lain kerja berkaitan di Bandar Meru Raya 2 (Zon 9) Mukim Hulu Kinta. Perbuatan itu didakwa dilakukan tertuduh di Public Bank Berhad Cawangan Jalan Sultan Idris Shah di sini antara

Dua pegawai laut didakwa rasuah

JOHOR BAHRU : Dua pegawai laut Jabatan Laut Malaysia dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini masing-masing atas dua pertuduhan meminta serta memperoleh rasuah dan bersubahat melakukan perbuatan itu, empat tahun lalu. Tertuduh, Sanizam Bachok, 45, dan Nor Yazid Khairi Mohamad Noor, 48, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan dihadapi mereka selepas ia dibacakan jurubahasa mahkamah secara berasingan di hadapan Hakim Kamarudin Kamsun. Bagi pertuduhan pertama, Sanizam yang kini bertugas di Jalan Laut Malaysia, Pulau Pinang, didakwa meminta suapan RM70,000 daripada seorang kakitangan sebuah syarikat perkapalan sebagai dorongan untuk mengeluarkan surat kelulusan beroperasi Kapal Hai Tai 1, Kapal Hai Tai 2 dan Kapal Hai Tai 3. Ketika kejadian, tertuduh adalah Pegawai Laut Gred 41 di Jabatan Laut Malaysia (Wilayah Selatan), manakala, Nor Yazid Khairi sebagai Pegawai Laut Gred 44 pula didakwa bersubahat dengan Sanizam melakukan perbuatan itu. Bagi perbuatan