1,356 agensi, syarikat swasta tandatangani IBR sepanjang 2018

KUALA LUMPUR, 9 JAN: Sebanyak 1,356 agensi dan syarikat swasta menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di seluruh negara sepanjang 2018.
Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM, Tuan Ruslan Tuan Mat berkata, ia termasuk 55 syarikat swasta yang menandatangani IBR sebagai satu inisiatif menolak gejala rasuah dan salah guna kuasa.
“Tahun ini, kami (SPRM) akan giatkan lagi, menyeru agar lebih banyak lagi agensi-agensi swasta untuk menandatangani IBR, sebab kami tahu bahawa agensi swasta ini membabitkan kelompok yang besar dari segi kewangan, termasuk juga syarikat berkaitan kerajaan (GLC),” katanya.
Beliau berkata demikian selepas majlis lafaz dan menandatangani IBR oleh Persatuan Pemfaktor Malaysia (MFA) bersama SPRM, hari ini.
Beliau berkata, mengikut peruntukan baharu di bawah Seksyen 17 a Akta SPRM 2009, setiap agensi perlu mengambil inisiatif pencegahan rasuah masing-masing dalam setiap syarikat-syarikat yang didaftarkan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
– BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

Ibu Pejabat SPRM ikonik baharu Putrajaya

Penolong arkitek UiTM didenda kes rasuah

Beri suapan RM1,100 untuk tukar sampel air kencing kepada air paip