SPRM TIDAK HANTAR SURAT TUTUP KES
KENYATAAN MEDIA SPRM
SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ingin menegaskan suruhanjaya ini tidak pernah menghubungi mana-mana pihak menerusi surat bagi menutup sebarang kes rasuah.
Ini berikutan SPRM telah menerima banyak aduan daripada orang awam yang terpedaya dengan surat palsu tersebut sejak kebelakangan ini.
Sehubungan itu, orang ramai yang menerima sebarang surat yang meragukan dinasihatkan untuk mendapatkan pengesahan daripada mana-mana pejabat SPRM terdekat menerusi talian 1-800-88-6000 dan alamat yang dipaparkan di portal rasmi www.sprm.gov.my.
SPRM juga berharap orang ramai lebih peka dan berkongsi maklumat ini bersama masyarakat di sekeliling supaya tidak terpedaya dengan surat palsu tersebut.
DATUK SERI AZAM BAKI
TIMBALAN KETUA PESURUHJAYA (OPERASI)
SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA
29 JANUARI 2019

Comments
Post a Comment