Wanita didakwa palsu dokumen, pecah amanah barang kemas bernilai RM494,554
KOTA BHARU: Seorang bekas eksekutif pajak gadai sebuah syarikat kewangan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap 31 tuduhan memalsukan dokumen dan pecah amanah barang kemas bernilai RM494,554, tiga tahun lalu.
Tertuduh, Natasya Mohd Zahid, 31, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap semua tuduhan di hadapan Hakim Zaman Mohd Noor.
Mengikut pertuduhan pertama hingga ke 15, tertuduh didakwa memperdaya Ketua Kedai Ar Rahnu X’Change, Norhafizah Hanom Mohd Ab Halim, dengan mengemukakan dokumen mengandungi butiran palsu untuk kelulusan pinjaman gadaian barang kemas keseluruhan berjumlah RM204,410.
Kesalahan dilakukan di Kedai Ar Rahnu X’Change di Jalan Kebun Sultan di sini pada Mei hingga Oktober 2016.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan dihukum di bawah Subseksyen 24 (2) akta sama yang membawa hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima ganda nilai butiran palsu atau RM10,000 mengikut mana-mana lebih tinggi.
Bagi pertuduhan ke 16 hingga 31, tertuduh didakwa melakukan pecah amanah dengan menggadaikan barang kemas milik enam pelanggan bernilai RM290,144 pada tarikh dan di lokasi sama.
Kesalahan didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum dua tahun dan maksimum 20 tahun dan sebat dan juga boleh dikenakan denda.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya SPRM Kelantan, Shahidah Muslimah Roslan, memohon jaminan RM100,000 dengan seorang penjamin serta pasport diserahkan kepada mahkamah.
Bagaimanapun, peguam Datuk Mohd Hakimi Ab Kadir yang mewakili tertuduh, memohon jaminan RM10,000 dengan mengambil kira latar belakang anak guamnya yang tidak bekerja.
“Tertuduh juga perlu menjaga anak berusia setahun selain perlu menjalani rawatan akibat penyakit ketumbuhan dalam perut,” katanya.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan memerintahkan pasport diserahkan kepada mahkamah. Mohd Zaman menetapkan 4 Mac depan untuk sebutan semula kes.
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/01/520160/wanita-didakwa-palsu-dokumen-pecah-amanah-barang-kemas-bernilai-rm494554

Comments
Post a Comment