ABDUL AZEEZ DAN ABDUL LATIF DITAHAN UNTUK PENDAKWAAN




SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini telah menahan Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim bersama abangnya, Datuk Abdul Latif Abdul Rahim berhubung siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram setelah SPRM mendapat izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara.

Kedua-duanya ditahan pada jam 4.30 petang ketika hadir ke Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya.

Susulan itu, kedua-duanya akan dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 16 Januari 2019, jam 9.00 pagi mengikut Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.



SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA

15 JANUARI 2019

Comments

Popular posts from this blog

Ibu Pejabat SPRM ikonik baharu Putrajaya

Penolong arkitek UiTM didenda kes rasuah

Beri suapan RM1,100 untuk tukar sampel air kencing kepada air paip