Penjawat awam berisiko tinggi terlibat rasuah
PUTRAJAYA 29 Jan.- Penjawat awam adalah golongan berisiko tinggi terlibat dalam gejala rasuah apabila 40 peratus pesalah rasuah yang ditahan sepanjang 2011 hingga 2015 terdiri dalam kalangan kumpulan itu.
Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr. Ismail Bakar berkata, ia khususnya bagi mereka yang terlibat dalam pelaksanaan dan perolehan kerajaan.
Katanya lagi, kajian Persepsi Integriti Nasional pula mendedahkan kakitangan kerajaan juga kurang kefahaman mengenai rasuah khususnya berkaitan 10 kesalahan seperti terkandung dalam Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.
"Rasuah merupakan satu isu negara yang perlu ditangani secara sistematik dan menyeluruh kerana sikap berkenaan boleh menyebabkan berlakunya peningkatan jumlah kos modal dan pembangunan.
"Sebab itu kita sangat mengalu-alukan pelancaran Pelan Antirasuah Nasional (NACP) dan diharapkan menerusi pelaksanaannya, imej dan kualiti perkhidmatan awam dapat dimantapkan", katanya ketika berucap dalam Majlis Pelancaran Pelan Antirasuah Nasional (NACP) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.
Majlis Pelancaran disempurnakan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Pada masa sama, Ismail berkata, NACP dapat membantu menangani isu governans, integriti dan anti rasuah secara menyeluruh khususnya dalam perkhidmatan awam.
Katanya, ia juga membolehkan tindakan punitif diambil terhadap pegawai-pegawai yang sengaja menyebabkan ketirisan, pemborosan atau pembaziran dana kerajaan. - UTUSAN ONLINE
http://www.utusan.com.my/berita/nasional/penjawat-awam-berisiko-tinggi-terlibat-rasuah-1.831516#ixzz5dyfDlHrm

Comments
Post a Comment