Posts

Pensyarah UTM didenda RM150,000

KUALA LUMPUR – Seorang pensyarah kanan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan seorang ahli perniagaan dijatuhi hukuman denda masing-masing RM150,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam atas 10 pertuduhan pindaan menggunakan dokumen tuntutan palsu membabitkan transaksi lebih RM1 juta dua tahun lalu. Hakim Rosbiahanin Arifin menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Abdul Aziz Abd. Kadir, 51, dan Samad Safari, 51, menukar pengakuan kepada bersalah ketika prosiding kes itu berada di peringkat akhir pembelaan. Sebelum ini ketika kes itu didakwa buat kali pertama pada 27 Jun 2013 di Mahkamah Sesyen Johor Bahru dengan 20 pertuduhan melibatkan RM2 juta, kedua-dua tertuduh mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan. Bagaimanapun, ekoran perbincangan antara pihak pendakwa dan peguam bela supaya kes itu tidak memakan masa lebih lama, 10 pertuduhan terakhir telah bersetuju dibatalkan. Ini sekali gus mendorong kedua-dua tertuduh untuk menukar pengakuan kepada bersalah atas pertuduhan ...

Arahan pindah pegawai SPRM perlu disiasat- bekas AG

Image
Dua pegawai SPRM berkenaan terlibat secara langsung dalam penyiasatan 1MDB dan mereka dipindahkan tanpa diberi peluang memberi penjelasan. PETALING JAYA: Ketua Setiausaha Negara dan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dianggap bersalah kerana menghalang dua penjawat awam menjalankan tugas mereka. Perkara itu ditegaskan oleh bekas Peguam Negara, Tan Sri Abu Talib Othman. Abu Talib merujuk kepada tindakan memindahkan dua pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang terlibat dalam siasatan terhadap syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) baru-baru ini. Dinyatakan: Sesiapa yang secara sukarela menghalang mana-mana penjawat awam menjalankan fungsi mereka boleh dihukum penjara sehingga tempoh dua tahun, atau denda sehingga RM10,000, atau kedua-duanya. “Pada pandangan saya, prima facie, mereka telah melakukan kesalahan,” kata Abu Talib yang dipetik daripada MStar Online. Jumaat lalu Pengarah Bahagian Operasi Khas SPRM, Datuk Bahri Mohamad Zin ...

Malaysia: anti-corruption measures need strengthening

Malaysia is facing a corruption crisis. The on-going investigation of the 1Malaysia Development Bhd. Investment fund (1MDB), where millions of dollars have gone missing and government officials are in the spotlight, highlights the need to strengthen the country’s anti-corruption laws. While investigations are on-going, the prime minister must demonstrate commitment to the transparency and independence of the judiciary and enforcement authorities. The dismissal of the attorney general does not solve the problem. The position of attorney general needs to be independent and that independence guaranteed through, for example, confirmation by the senate. Furthermore, the attorney general serves as both principle legal adviser to the government and also decides which cases are investigated. This poses a significant risk of a conflict of interest. Malaysia’s Anti-Corruption Commission (MACC) needs to be strengthened and its independence guaranteed. This includes staff appointments, indep...

Inspektor didakwa terima rasuah lindungi pembalakan di Kapit

SIBU: Seorang pegawai polis dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas tiga pertuduhan menerima rasuah sebagai dorongan melindungi kegiatan pembalakan haram di Sungai Sut di Kapit pada tahun lalu.  Insp Mohamad Nazri Daheri, 36, dari Jabatan Siasatan Jenayah Kapit didakwa menerima suapan berjumlah RM16,000 antara Ogos dan Oktober daripada seorang lelaki dikenali sebagai Stephen Kon.  Tertuduh yang tenang ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nixon Kennedy Kumbong mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu.  Dia didakwa menerima suapan RM3,000 pada 2.40 petang, 24 Ogos di sebuah restoran di Kapit; RM5,000 pada 11.58 pagi, 11 September melalui akaun bank milik Fitero Rafiee di sebuah bank di Tabuan Jaya, Kuching; dan RM8,000 pada 10.25 pagi, 20 Oktober di sebuah hotel di Sibu.  Mohamad Nazri didakwa mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 (1) akta sama yang membaw...

BUAT KEPUTUSAN BIAR BERHEMAH- SAIFULIZAM MOHAMAD

Jumaat lalu, dua pegawai kanan Suruhanjaya Pencegah­an Rasuah Malaysia (SPRM) iaitu Pengarah Operasi Khas, Datuk Bahri Mohamad Zin dan Pengarah Komunikasi Strategik, Datuk Rohaizad Yaakob telah diarah berpindah ke Jabatan Perdana Menteri (JPM) serta-merta. Perpindahan mereka itu dikatakan ada kaitannya dengan isu siasatan SPRM terhadap SRC International Sdn. Bhd. dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) terutama kelantangan Bahri yang ternyata kurang senang dengan tindakan polis menahan dan menyoal siasat anggota Bahagian Operasi Khas (BOK) berhubung satu kes kebocoran maklumat. Begitu juga dengan Rohaizad yang sehari sebelum ditukarkan itu telah menerima rombongan pemim­pin-pemimpin pembangkang ke ibu pejabat agensi tersebut di Putrajaya sebagai tanda sokong­an mereka terhadap tindakan SPRM. Sama ada pertukaran mereka itu dilakukan secara kebetulan, arahan khusus mahu pun dengan alasan perpindahan biasa, tindakan itu sebenarnya telah menimbulkan persepsi negatif d...

Kredibiliti institusi negara perlu dipertahankan - Paul Low

Image
  Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low Seng Kuan berkata, pemerkasaan institusi ini perlu dilaksanakan secara berperingkat. - Gambar Fail PUTRAJAYA : Kredibiliti institusi di negara ini perlu dipertahankan bagi memastikan sistem pentadbiran kerajaan tidak runtuh. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low Seng Kuan berkata, pemerkasaan institusi ini perlu dilaksanakan secara berperingkat. "Jika dilihat di seluruh dunia, negara yang runtuh adalah disebabkan institusi yang lemah. Oleh itu, adalah penting bagi kita mengukuhkan institusi agar ia kuat, diuruskan secara profesional dan paling penting bebas," katanya dalam satu temubual eksklusif bersama  Astro AWANI  di Pejabat Perdana Menteri di sini, hari ini. Paul berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia  (SPRM) perlu diberi autonomi dan status suruhanjaya yang berasingan . Ia, katanya perlu berada di luar entiti perkhidmatan awam supaya kredibilitinya tidak terjejas. Beli...

Batal tukar pegawai SPRM mampu tingkatkan keyakinan rakyat - PPPR

Batal tukar pegawai SPRM mampu tingkatkan keyakinan rakyat - PPPR  Oleh Haika Khazi mfaizul@bh.com.my  KUALA LUMPUR:  Keputusan membatalkan arahan pertukaran dua pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke Jabatan Perdana Menteri (JPM), mampu meningkatkan kembali keyakinan rakyat terhadap ketelusan siasatan kes rasuah di negara ini.  Pengerusi Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR), Tan Sri Johan Jaaffar, percaya keputusan itu adalah tepat pada masanya dan mampu memberi kesan positif ke arah menangani isu persepsi bahawa pegawai SPRM ditakut-takutkan dalam menjalankan tugas mereka.  Katanya, ia juga langkah positif ke arah mengembalikan keyakinan rakyat bahawa SPRM dan pegawainya akan terus melaksanakan tanggungjawab tanpa halangan dalam memenuhi tugas dan tanggungjawab dengan bebas, telus serta profesional. "PPPR juga menghargai tindakan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mo...