Kredibiliti institusi negara perlu dipertahankan - Paul Low
PUTRAJAYA: Kredibiliti institusi di negara ini perlu dipertahankan bagi memastikan sistem pentadbiran kerajaan tidak runtuh.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low Seng Kuan berkata, pemerkasaan institusi ini perlu dilaksanakan secara berperingkat.
"Jika dilihat di seluruh dunia, negara yang runtuh adalah disebabkan institusi yang lemah. Oleh itu, adalah penting bagi kita mengukuhkan institusi agar ia kuat, diuruskan secara profesional dan paling penting bebas," katanya dalam satu temubual eksklusif bersama Astro AWANI di Pejabat Perdana Menteri di sini, hari ini.
Paul berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu diberi autonomi dan status suruhanjaya yang berasingan.
Ia, katanya perlu berada di luar entiti perkhidmatan awam supaya kredibilitinya tidak terjejas.
Beliau berkata, masalah itu perlu ditangani dan SPRM perlu beroperasi secara bebas dan tiada tangan ghaib yang boleh mencampuri urusan SPRM.
"Kedudukan ketua suruhanjaya perlu diperkukuhkan kerana beliau dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri.
"SPRM kini merupakan sebahagian daripada perkhidmatan awam, mungkin suruhanjaya ini perlu diberi status suruhanjaya perkhidmatan yang berasingan," katanya.

Bagi merealisasikan perubahan ini, katanya, ia perlu mendapat sokongan serta iltizam tinggi ahli-ahli dewan rakyat.
Perlembagaan negara juga perlu dipinda dan mendapat sokongan dua pertiga parlimen.
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/kredibiliti-institusi-negara-perlu-dipertahankan-paul-low-69253
Comments
Post a Comment