Batal tukar pegawai SPRM mampu tingkatkan keyakinan rakyat - PPPR

Oleh Haika Khazi mfaizul@bh.com.my
KUALA LUMPUR: Keputusan membatalkan arahan pertukaran dua pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke Jabatan Perdana Menteri (JPM), mampu meningkatkan kembali keyakinan rakyat terhadap ketelusan siasatan kes rasuah di negara ini.
Pengerusi Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR), Tan Sri Johan Jaaffar, percaya keputusan itu adalah tepat pada masanya dan mampu memberi kesan positif ke arah menangani isu persepsi bahawa pegawai SPRM ditakut-takutkan dalam menjalankan tugas mereka.
Katanya, ia juga langkah positif ke arah mengembalikan keyakinan rakyat bahawa SPRM dan pegawainya akan terus melaksanakan tanggungjawab tanpa halangan dalam memenuhi tugas dan tanggungjawab dengan bebas, telus serta profesional.
"PPPR juga menghargai tindakan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal atas peranan mereka dalam membatalkan keputusan yang dibuat sebelum ini.
"Kita berharap keputusan ini akan meningkatkan lagi semangat pegawai SPRM. Selain itu, kita juga percaya keputusan ini akan membantu membendung rasa tidak percaya dan sinis orang ramai terhadap kerajaan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
PERTUKARAN serta-merta dua pegawai SPRM ke JPM yang dibuat sebelum ini dibatalkan.
Dua pegawai terbabit adalah Pengarah Bahagian Operasi Khas (BOK) SPRM, Datuk Bahri Mohamad Zin (kiri) dan Pengarah Komunikasi Strategik SPRM, Datuk Rohaizad Yaakob.
Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Paul Low, dalam satu kenyataan berharap SPRM diberi status suruhanjaya perkhidmatan bebas yang berasingan dalam masa terdekat.
"Salah faham baru-baru ini membabitkan pertukaran dua pegawai kanan SPRM membuktikan kesukaran kedudukan suruhanjaya itu dan kakitangannya dalam struktur perkhidmatan awam sedia ada.
"Kejadian ini membuktikan betapa pentingnya pegawai SPRM diberi sokongan yang sewajarnya bagi melakukan apa yang perlu dibuat berdasarkan tugasan yang diamanahkan kepada mereka," katanya yang bertanggungjawab bagi portfolio integriti, pentadbiran dan hak asasi manusia di Jabatan Perdana Menteri.
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/73923

Comments
Post a Comment