Posts

Bahri Nafi 'Perang' Dengan Ketua Pesuruhjaya SPRM

PETALING JAYA: Pengarah Bahagian Operasi khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Bahri Mohd Zin menafikan bahawa beliau dan Ketua Pesuruhjaya Tan Sri Abu Kassim Mohamed telah 'berperang besar'. Dalam satu kenyataan pada Isnin, Bahri menafikan dakwaan yang dibuat oleh Raja Petra Kamarudin di portalnya bahawa beliau hampir bergaduh dengan Abu Kassim berhubung kes SRC International dan dana RM2.6 bilion. Bahri menafikan semua tuduhan lain yang dibuat dalam artikel itu dan berkata beliau telah membuat laporan polis mengenainya di Putrajaya, pada Ahad. "Ya, saya telah membuat laporan polis. Saya berharap siasatan akan membersihkan nama saya dan SPRM," katanya. Dalam laporan polis, Bahri berkata dakwaan dalam artikel itu adalah tuduhan berniat jahat dan merupakan fitnah. "Dakwaan bahawa saya juga adalah seorang ejen DAP dan mahu menjatuhkan Umno juga adalah fitnah yang bertujuan untuk mencemarkan nama dan reputasi saya sebagai pegawai SPRM. "Sebar...

Kerana pengaruh kawan hidup ustaz musnah

KES yang akan saya kongsikan pada minggu ini melibatkan seorang ustaz. Bukan hendak merendahkan mereka yang bergelar 'ustaz'. Tetapi sebagai iktibar bahawa jenayah rasuah tidak mengenal siapa, warna kulit, agama dan kedudukan seseorang itu. Dalam kes ini, ustaz berkenaan menerima arahan berpindah ke Semenanjung Malaysia setelah tujuh tahun mengajar di Sarawak. Bagi menguruskan perpindahan barang-barang ke tempat baharu, syarikat pengangkutan digunakan. Semuanya dibiayai oleh kerajaan. Pada ketika itu, tempahan tiket kapal terbang memerlukan masa yang agak lama. Sementara menunggu tiket diuruskan, ustaz berkenaan dan keluarganya menumpang di rumah seorang kawan di bandar Kuching. Semasa menunggu itulah ustaz diduga. Kawannya mencadangkan agar ustaz meminta wang daripada syarikat pengangkutan yang menguruskan penghantaraan barangnya ke Semenanjung. Kononnya sebagai balasan kerana memilih syarikat pengangkutan tersebut. Dua kali pemilik syarikat pengangkutan tersebut menolak permi...

MACC review – Walter Sandosam

The recent decision by the Attorney General (AG) on the three investigation files involving the prime minister has elicited varied responses from various quarters. In the midst of the announcements and responses from different quarters, chaos and confusion has arisen in the minds of the public at large. The merits, or demerits, of the decision are not on debate in this article. Statements have been issued by two different government institutions which appear to be in conflict and perceived as, correctly or incorrectly, questioning the authority invested in these bodies by the Federal Constitution and/or Acts of Parliament. The AG has correctly pointed out that any bodies formed to question any decision by the AG would be against Article 145(3) of the Federal Constitution. This is currently a statement of fact which some quarters have their views on. The MACC chief commissioner has reaffirmed this by unequivocally stating that “These powers (of the AG) are absolute and cannot be challe...

Ada dakwaan kotor untuk melagakan pegawai SPRM

Semenjak isu Peguam Negara, Tan Sri Apandi Ali mengumumkan PM, Datuk Seri Najib Razak tidak bersalah, ramai pihak mengambil kesempatan untuk memberi komen dan pendapat mereka mengenai isu ini. Ada yang akur dengan keputusan beliau namun ada yang tidak bersetuju dan mengatakan keputusan tersebut tidak wajar lebih-lebih lagi beliau mengarahkan SPRM untuk menutup kertas siasatan. Pengarah Bahagian Operasi Khas, Datuk Bahri Mohamad Zain juga telah mengeluarkan kenyataan akan membuat rayuan mengenai keputusan AG. Namun, kenyataan ini dikeluarkan beliau sebelum kenyataan media yang dikeluarkan SPRM untuk merujuk keputusan AG kepada Panel Penilaian Operasi (PPO). Walaubagaimanapun, ada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan ini dengan menimbulkan pelbagai dakwaan dan spekulasi yang mungkin boleh melaga-lagakan pegawai SPRM itu sendiri. Malah, ada yang terlampau tinggi imaginasinya sampai terfikir untuk menimbulkan cerita Ketua Pesuruhjaya SPRM, TS Abu Kassim bergaduh...

Tidak bersalah?

Hari ini kecoh apabila Peguam Negara, Tan Sri Apandi Ali mengumumkan PM kesayangan kita tidak bersalah dalam isu dana RM2.6 billion dan SRC International. Wow, just speechless dengan kenyataan yang dibuat beliau. Walaupun perkara ini sudah dijangka dan kita tau mana mungkin PM akan 'dijatuhkan hukuman' kerana kesalahan yang dilakukan, namun sedikit sebanyak ia sangat menghampakan. Seseorang pernah beritahu, kalau kita rasa kecewa maknanya kita memang berharap. Rakyat Malaysia memang berharap kebenaran dapat dibongkarkan dan mereka yang bersalah diberikan hukuman yang setimpal. Rakyat sudah menderita kerana kezaliman oleh pihak tertentu yang entah bila akan berakhir. Dengan siasatan yang dijalankan ke atas beliau dalam isu ini, sedikit sebanyak memberi harapan kepada rakyat agar beliau tidak lagi memegang tampuk kepimpinan. Namun, harapan tinggal harapan. Apa yang diinginkan kebanyakan rakyat tidak mungkin menjadi kenyataan buat masa ini kerana beliau dibuktikan TIDAK BERS...

Pegawai kanan polis didakwa gagal isytihar komisyen

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur (JSJKL), Datuk Ku Chin Wah, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, pagi ini atas dakwaan gagal mengisytiharkan perolehan komisyen berjumlah hampir RM1 juta tiga tahun lalu.  Chin Wah yang memakai kemeja putih dan berseluar hitam, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Mohd Nasir Nordin.  Dia yang kini bertugas sebagai Urusetia Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, didakwa gagal mematuhi terma notis Pendakwa Raya mengikut Seksyen 49(1) Akta Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2001 bertarikh 23 Disember 2013 di mana gagal mengisytiharkan perolehan dari komisyen berjumlah RM961,500.  Tertuduh didakwa gagal membuat perisytiharan itu melalui surat akuan bersumpah bertarikh 8 Januari 2014.  Kesalahan itu didakwa dilakukan di antara 23 Disember 2013 dan Januari 2014 di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)...

Disiasat SPRM Boleh Bersihkan Nama - Abu Kassim

PETALING JAYA: Orang ramai tidak perlu takut apabila disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana ia boleh membersihkan nama mereka daripada tuduhan salah laku, kata Ketua Pesuruhjayanya Tan Sri Abu Kassim Mohamed. Abu Kassim berkata, siasatan SPRM tidak bermakna mereka yang terlibat akan didakwa dan ia boleh membersihkan seseorang daripada sebarang tuduhan yang dibuat terhadap mereka. "Jika saya jadi mereka, saya akan mengalu-alukan siasatan tersebut. Saya dapat membersihkan nama saya," katanya dalam temu bual radio di saluran radio suruhanjaya itu,  MACC.FM. Abu Kassim berkata SPRM 'bertindak ke atas semua aduan yang dibuat dengan agensi penguat kuasa itu, termasuk aduan yang dibuat terhadap ahli-ahli politik'. "Kami siasat semua, jadi bersedialah," katanya. Bagaimanapun, beliau berkata, suruhanjaya itu tidak mempunyai kuasa pendakwaan dan oleh itu tidak dapat memberikan jawapan tentang mengapa beberapa individu yang disiasat tidak di...