Ada dakwaan kotor untuk melagakan pegawai SPRM

Semenjak isu Peguam Negara, Tan Sri Apandi Ali mengumumkan PM, Datuk Seri Najib Razak tidak bersalah, ramai pihak mengambil kesempatan untuk memberi komen dan pendapat mereka mengenai isu ini. Ada yang akur dengan keputusan beliau namun ada yang tidak bersetuju dan mengatakan keputusan tersebut tidak wajar lebih-lebih lagi beliau mengarahkan SPRM untuk menutup kertas siasatan.

Pengarah Bahagian Operasi Khas, Datuk Bahri Mohamad Zain juga telah mengeluarkan kenyataan akan membuat rayuan mengenai keputusan AG. Namun, kenyataan ini dikeluarkan beliau sebelum kenyataan media yang dikeluarkan SPRM untuk merujuk keputusan AG kepada Panel Penilaian Operasi (PPO).

Walaubagaimanapun, ada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan ini dengan menimbulkan pelbagai dakwaan dan spekulasi yang mungkin boleh melaga-lagakan pegawai SPRM itu sendiri. Malah, ada yang terlampau tinggi imaginasinya sampai terfikir untuk menimbulkan cerita Ketua Pesuruhjaya SPRM, TS Abu Kassim bergaduh dengan Datuk Bahri! Amboiii..pandai reka cerita bang.

Pada saya, pegawai-pegawai ini sudah pasti tau apa skop tugas yang diberikan dan komen yang diberikan berpandukan kepada pengalaman dan pendapat peribadi beliau. Tidak timbul isu beliau cuba untuk ingkar dan mencabar agensi beliau sendiri. Buktinya, hingga kini saya tidak nampak mana-mana kenyataan yang dibuat seperti 'berperang'.

Soal laporan polis yang ingin dibuat TS Abu Kassim pula, saya berpendapat kenyatan itu dibuat memandangkan terlalu ramai pihak yang cuba memberi kenyataan seolah-olah mereka dari SPRM dan arif tentang perkara yang berlaku. Jika dilihat laporan-laporan  berita, memang terlalu banyak berita mengenai isu ini dan ini boleh menimbulkan kekeliruan kepada orang ramai.

Keadaan ini jika terus dibiarkan, memang akan menimbulkan pelbagai isu yang serius kerana ia membabitkan individu yang 'besar' dan agensi yang gah di negara kita. Semestinya ada orang yang iri hati dan cuba untuk menimbulkan kekacauan dan mengalih perhatian orang ramai dari menyebut tentang isu yang sebenarnya. Maka, mereka cuba untuk menimbulkan isu yang entah apa-apa dan merepek dan cuba lari dari topik yang sebenar. Alih perhatian orang la katakan.

Kesimpulannya, SPRM tidak perlu melayan khbar angin dan spekulasi yang boleh menggangu mereka dari menjalankan tugas yang telah diamanahkan kepada mereka. Pihak-pihak yang busuk hati akan melakukan apa saja untuk mengganggu dan lari dari kenyataan yang sebenar. Taktik yang sangat kotor ye! Teruskan jalankan tugas dan fokus untuk selesaikan isu yang membelenggu orang ramai. Orang ramai perlukan jawapan dan bukannya isu kontroversi!

Comments

Popular posts from this blog

Ibu Pejabat SPRM ikonik baharu Putrajaya

Penolong arkitek UiTM didenda kes rasuah

Beri suapan RM1,100 untuk tukar sampel air kencing kepada air paip