Tidak bersalah?

Hari ini kecoh apabila Peguam Negara, Tan Sri Apandi Ali mengumumkan PM kesayangan kita tidak bersalah dalam isu dana RM2.6 billion dan SRC International. Wow, just speechless dengan kenyataan yang dibuat beliau.

Walaupun perkara ini sudah dijangka dan kita tau mana mungkin PM akan 'dijatuhkan hukuman' kerana kesalahan yang dilakukan, namun sedikit sebanyak ia sangat menghampakan. Seseorang pernah beritahu, kalau kita rasa kecewa maknanya kita memang berharap.

Rakyat Malaysia memang berharap kebenaran dapat dibongkarkan dan mereka yang bersalah diberikan hukuman yang setimpal. Rakyat sudah menderita kerana kezaliman oleh pihak tertentu yang entah bila akan berakhir. Dengan siasatan yang dijalankan ke atas beliau dalam isu ini, sedikit sebanyak memberi harapan kepada rakyat agar beliau tidak lagi memegang tampuk kepimpinan.

Namun, harapan tinggal harapan. Apa yang diinginkan kebanyakan rakyat tidak mungkin menjadi kenyataan buat masa ini kerana beliau dibuktikan TIDAK BERSALAH. It's expected yet we feel dissapointed.

Paling mengecewakan, Pejabat Peguam Negara mengarahkan kertas siasatan SPRM ke atas PM DITUTUP! Paling pelik sekali, kertas siasatan baru diberikan kepada mereka hari Jumaat lalu tapi dalam masa tiga hari (weekend dan public holiday), Peguam Negara telah membuat keputusan bahawa PM tidak bersalah.

Sedih dengan apa yang berlaku di Malaysia sekarang. Rakyat semakin diperbodohkan dan pemimpin makin zalim. Semakin seronok bermain dengan kuasa dan kedudukan sampai dibutakan dengan keadaan sekeliling. Apalah sangat penderitaan rakyat kalau diri sendiri merasa hidup senang dan bahagia?

Kesian juga dengan SPRM yang bersungguh buat siasatan untuk mendakwa beliau namun turut hampa. Dua kali menghantar kertas siasatan untuk bagi cukup bukti tapi apakan daya kuasa mendakwa tiada di tangan SPRM.

Ada lagi orang yang tidak faham dengan keadaan ini dan menyalahkan SPRM seolah-olah ini memang kesalahan di bahu SPRM. Daripada usaha yang dijalankan, kita nampak mereka bersungguh untuk menyiasat tanpa mengikut pangkat dan kuasa. Malah, bermacam dugaan dan cabaran yang mereka hadapi semasa melengkapkan kertas siasatan ini pada tahun lepas.

Buat Peguam Negara, renungilah semula keputusan anda sama ada betul atau tidak. Adakah keputusan yang diambil mengikut nas undang-undang yang sebenar atau mengikut arahan pihak tertentu? Anda mungkin berkuasa sekarang untuk mengarahkan dan mengambil tindakan sesuka hati namun percayalah semua ini akan terbalas. Kifarahnya tetap ada walau cepat atau lambat. Ucapan saya, semoga hidup dan tidur anda 'tenang'.

Sekian.


Comments

Popular posts from this blog

Ibu Pejabat SPRM ikonik baharu Putrajaya

Penolong arkitek UiTM didenda kes rasuah

Beri suapan RM1,100 untuk tukar sampel air kencing kepada air paip