Posts

KENYATAAN MEDIA RASMI SPRM: DATO' SIMI PENGARAH BAHAGIAN SIASATAN SPRM BAHARU

Image
Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor, Dato’ Simi Abd. Ghani dilantik sebagai Pengarah Bahagian Siasatan SPRM baharu berkuat kuasa 3 Januari 2017 Pelantikan beliau adalah untuk menggantikan Dato' Azam Baki yang dilantik sebagai Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM pada 4 Oktober 2016. Dato' Simi menyertai SPRM pada 16 Jun 1983 sebagai Pegawai Siasatan di Ibu Pejabat Badan Pecegah Rasuah (BPR). Beliau dilantik sebagai Pengarah BPR Sarawak pada 1 Disember 2004 sebelum memegang jawatan sebagai Pengarah BPR Pahang 16 Julai pada 2006. Pada 1 Januari 2008, Dato' Simi memegang jawatan sebagai Pengarah BPR Johor dan dilantik sebagai Pengarah SPRM Selangor pada 2014 sebelum kembali menjadi Pengarah SPRM Johor pada 15 Mac 2016. SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA PUTRAJAYA 3 JANUARI 2017

Hapus ‘virus’ rasuah penjawat awam

Image
Kisah penjawat awam khususnya pengurusan tertinggi sering bermain golf di luar negara bukanlah cerita baharu. Sebelum ini, ia kerap kali diperkatakan sehingga sudah menjadi rahsia umum. Bagai­manapun penjawat-penjawat awam terlibat tidak pernah serik. Ada antara mereka saban tahun akan menghabiskan cuti di luar negara bermain golf dan membeli-belah bersama individu yang boleh dicurigai kehadirannya. Apa yang meresahkan, pemergian mereka seperti mana kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Dzulkifli Ahmad memang dengan biaya sendiri tetapi apabila sampai ke destinasi, segala-galanya termasuk belanja ditaja pihak tertentu. Pihak berkenaan sudah tentulah tidak akan begitu pemurah untuk menyumbang dana bagi menghiburkan penjawat-penja­wat itu jika mereka tidak ada kepentingan atau berdasarkan prinsip, ‘gua jaga lu, lu jaga gua’. Oleh itu, amaran Dzulkifli agar aktiviti itu dihentikan sebelum terlambat tepat pada waktunya.  Penj...

SPRM pertingkat IBI di sektor awam, GLC, perbankan

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan pertingkatkan lagi penggunaan kaedah Siasatan Berasaskan Risikan (IBI) untuk membanteras jenayah rasuah khususnya di sektor awam, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan institusi perbankan. Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki berkata, IBI merupakan inisiatif penyiasatan yang proaktif dan kejayaannya terbukti dalam kes seperti Ops Water di Sabah, Ops Bauksit di Pahang dan kes sindiket penyelewengan dana kerajaan lebih RM100 juta melibatkan pegawai kanan di Kementerian Belia dan Sukan (KBS). "Tidak banyak agensi di dunia menggunakan IBI. Kaedah IBI membolehkan pegawai-pegawai memulakan kerja-kerja risikan. Ini akan memudahkan penyiasatan dijalankan.  Maka, penggunaan IBI akan dipertingkatkan. "Kalau tiada perisikan yang berkesan, sudah tentu SPRM tidak boleh membongkar kes besar seperti Ops Water di Sabah yang merupakan penemuan wang terbesar dalam sejarah negara," katanya dala...

MACC says 2016 a successful year: 982 cases opened, 932 individuals busted, 258 charged

Image
PUTRAJAYA: The year 2016 was considered a successful year for the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) in solving and addressing cases of corruption and abuse of power. MACC deputy chief commissioner (operations) Datuk Azam Baki said a total of 982 investigation papers were opened, 932 individuals were arrested and 258 were charged as of Dec 15, last year. “Last year was a big achievement for the MACC’s operations team compared to the previous years. Based on statistics, 841 were arrested in 2015, 552 in 2014 and 509 in 2013. “We managed to address public interests issues and solve high profile cases like the bauxite mining in Pahang. We are glad to solve this problem and to see the implementation of a moratorium to control such activities. We are still monitoring this case. “Since the chief commissioner Datuk Dzulkifli Ahmad joined MACC, he has shown his commitment in combating corruptions by mobilising our officers nationwide to probe into big and small cases. ...

TIADA LAGI AMARAN

Image
MUKADIMAH Ketika mengambil alih jawatan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 1 Ogos 2016, DAT UK DZULKIFLI AHMAD bukan sahaja berhadapan dengan 'serangan’ daripada pihak tertentu malah dilumuri pelbagai persepi khususnya berkaitan ketelusan SPRM. Tetapi ia ternyata tidak melemahkan semangat beliau yang dalam wawancara bersama wartawan Mingguan Malaysia, ZULKIFLEE BAKAR, beliau menegaskan, semua itu sememangnya sudah diduga dan menganggap jawatan disandangnya sebagai wadah perjuangan dan satu jihad. Kini di bawah kepemimpinan Dzulkifli, beliau berjaya membuktikan kewibawaan SPRM khususnya dalam membanteras rasuah dalam kalangan penjawat awam. Usaha itu akan terus dipertingkatkan pada tahun ini kerana beliau menegaskan, perbuatan penjawat awam terlibat dalam rasuah merupakan pengkhianatan kepada rakyat dan negara. MINGGUAN: Datuk mengambil alih jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM dalam keadaan agak kontroversi. Pelbagai andaian dibuat termasuklah ...

Melibatkan pengurusan tertinggi agak serius

Image
KUALA LUMPUR 1 Jan. – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memandang serius tindakan penjawat awam bermain golf di luar negara khususnya dalam kalangan pengurusan tertinggi yang dikesan semakin menjadi-jadi sehingga menjuruskan kepada aktiviti rasuah. Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki berkata, masalah tersebut telah berlanjutan sejak dahulu sehingga berlakunya kegiatan rasuah dan penyelewengan. Menurut beliau, hasil maklumat, aktiviti bermain golf indivi­du terbabit bukan sahaja dibiayai malah tiket penerbangan dan penginapan mereka juga ditanggung oleh golongan tertentu yang mempunyai kepentingan dan urusan rasmi dengan jabatan masing-masing. “Kita tidak mahu me­nuding jari kepada sesiapa kerana siapa makan cili dia terasa pedasnya. “Jadi apa yang diperkatakan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Da­tuk Dzulkifli Ahmad sememangnya se­rius kerana sebelum ini masalah itu sudah berkurangan namun kita lihat sudah kembali berulang,” ka...

Year in review 2016 - MACC makes record haul in 49 years

The   Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) landed its biggest haul since it was set up 49 years ago when it seized RM114.5 million from two senior officers from the Sabah Water Department (SWD) in October. In a year when MACC bared its fangs, the commission detained the director and deputy director of SWD, which is a government department. The top officials were alleged to have misused their power in handling infrastructure projects valued at RM3.3 billion. MACC also seized some RM53.7 million in cash. A total of 19 engineers from the department were also arrested for allegedly receiving kickbacks of between 27% and 30% of the value of SWD projects and emergency response work awarded to contractors. Meanwhile at MACC, Datuk Dzulkifli Ahmad was appointed the new chief commissioner and took his oath of office on Aug 23. Dzulkifli, the former national revenue recovery enforcement team director from the Attorney-General’s Chambers, succeeded Tan Sri Abu Kassim Mohamed...