KENYATAAN MEDIA RASMI SPRM: DATO' SIMI PENGARAH BAHAGIAN SIASATAN SPRM BAHARU
Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor, Dato’ Simi Abd. Ghani dilantik sebagai Pengarah Bahagian Siasatan SPRM baharu berkuat kuasa 3 Januari 2017
Pelantikan beliau adalah untuk menggantikan Dato' Azam Baki yang dilantik sebagai Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM pada 4 Oktober 2016.
Dato' Simi menyertai SPRM pada 16 Jun 1983 sebagai Pegawai Siasatan di Ibu Pejabat Badan Pecegah Rasuah (BPR).
Beliau dilantik sebagai Pengarah BPR Sarawak pada 1 Disember 2004 sebelum memegang jawatan sebagai Pengarah BPR Pahang 16 Julai pada 2006.
Pada 1 Januari 2008, Dato' Simi memegang jawatan sebagai Pengarah BPR Johor dan dilantik sebagai Pengarah SPRM Selangor pada 2014 sebelum kembali menjadi Pengarah SPRM Johor pada 15 Mac 2016.
SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA
3 JANUARI 2017
Comments
Post a Comment